Translate

24 January 2021

Kenyataan Terperinci Covid-19 KKM - DG Hisham


Kenyataan Akhbar KPK 24 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

24 JANUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 24 Januari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 4,427 kes (141,446 kes kumulatif, 77.0%);
  • Kes baharu : 3,346 kes (183,801 kes kumulatif);
  • Kes import : 7 kes (6 warganegara dan 1 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 3,339 kes [2,602 warganegara (77.9%); 737 bukan warganegara (22.1%)];
  • Kes aktif : 41,677 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 265 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 102 kesdan
  • Kes kematian : 11 kes (678 kes kumulatif , 0.37 %)

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 950 kes (28.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 805 kes (84.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 431 kes (12.9 peratus) danWilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 390 kes (11.7 peratus).

Sebanyak 242 kes (7.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara, lokap, dan depot tahanan yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (138 kes), Kluster Damai Pelangi (57 kes), Kluster Penjara Sungai Jelok (22 kes), Kluster Tembok Mempaga (9 kes), Kluster Tembok Taiping (6 kes), Kluster Tembok Renggam (3 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), Kluster Tembok Kemus (3 kes), dan Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tiga (3) kes dari Sarawak, masing-masing dua (2) kes dari Sabah, Terengganu dan Johor serta masing-masing satu (1) kes dari Melaka dan Selangor. Kes kematian pada hari ini melibatkan 10 kes warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 24 Januari 2021;

  • Jumlah kluster : 733 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : Sembilan (9) kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 385 kluster (termasuk dua (2) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Semambu dan Kluster Keris Residence);
  • Jumlah kluster aktif : 348 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 69 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (138 kes), Kluster Pasai (136 kes), dan Kluster Tapak Bina Bukit Sebukor (89 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan lapan (8) kluster berkaitan tempat kerja dan satu (1) kluster berkaitan pusat tahanan.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NoNama KlusterNegeriKategori Kluster
1Ladang SegamaSabahTempat Kerja
2Jalan SegamaSabahTempat Kerja
3Keluli TujuhJohorTempat Kerja
4Jalan TengarJohorTempat Kerja
5Jalan SebelasSelangorTempat Kerja
6Tapak Bina Sri PetalingWP Kuala LumpurTempat Kerja
7Bukit EmasNegeri SembilanTempat Kerja
8Tapak Bina FloraWP PutrajayaTempat Kerja
9Tembok TaipingPerakPusat Tahanan

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

24 Januari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 24 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR950 (1)54,334
SABAH43146,791
WP KUALA LUMPUR390 (3)21,360
JOHOR378 (3)16,231
NEGERI SEMBILAN16010,997
PULAU PINANG907,165
PERAK465,423
KEDAH855,179
SARAWAK2553,379
MELAKA1522,988
KELANTAN  772,838
PAHANG632,617
WP LABUAN492,032
TERENGGANU1791,534
WP PUTRAJAYA38782
PERLIS3151
JUMLAH KESELURUHAN3,346 (7)183,801

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 3,346 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 24 Januari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 950 kes 
    • 323 kes daripada kluster-kluster, termasuk 83 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sebelas;
    • 482 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 144 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 431 kes 
    • 63 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Segama dan Kluster Ladang Segama;
    • 298 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 70 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 390 kes  
    • 77 kes daripada kluster-kluster, termasuk 44 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Sri Petaling;
    • 158 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 152 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 378 kes
    • 88 kes daripada kluster-kluster, termasuk 29 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Keluli Tujuh dan Kluster Jalan Tengar;
    • 171 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 116 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 255 kes
    • 168 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 87 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 179 kes
    • 52 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 89 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 38 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 160 kes 
    • 62 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bukit Emas;
    • 46 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 52 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 152 kes
    • 95 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 90 kes 
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 50 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 85 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 42 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 77 kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 63 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 49 kes
    • 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 46 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tembok Taiping;
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 38 kes
    • 17 kes daripada kluster-kluster, termasuk 13 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Flora;
    • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis : Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan 11 kes kematian pada 24 Januari 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantinaUmur (tahun)Hospital/ Tempat KematianLatar Belakang
668115262SabahLelaki (WN)60Hospital TawauPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
669147822  TerengganuLelaki (WN)  83Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan gout
670171999  SarawakLelaki (WN)  91Hospital SibuPenyakit  darah tinggi, jantung, strok, dan dislipidemia
671172507  TerengganuLelaki (WN)  60Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
672175859Melaka  Lelaki (WN)34Hospital MelakaAsma
673177586Selangor  Perempuan (WN)  61Pusat Perubatan SwastaPenyakit kencing manis, darah tinggi, lung fibrosis, dan ostearthritis
674179046Johor  Lelaki (WN)  85Hospital Sultan Ismail, Johor BahruPenyakit buah pinggang kronik
675179047Johor  Lelaki (WN)  65Hospital Sultan Ismail, Johor BahruPenyakit kencing manis, dan darah tinggi
676179682  SarawakPerempuan (WN)  54Jenazah dibawa ke Hospital Sibu  Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
677179708SarawakPerempuan (WN)  36Hospital SibuPenyakit darah tinggi dan obesiti
678156800SabahLelaki (BWN)68Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit ulser perut

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN SEBELAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 Januari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan pekerja kilang di Seri Kembangan, Selangor. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kilang yang terletak di Jalan KPB 11A, Balakong. Sehingga 24 Januari 2021, sejumlah 715 individu telah disaring, di mana 83 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BUKIT EMAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban, Rembau, dan Jempol di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-154224) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di sebuah institusi awam yang terletak di Bukit Emas, Seremban. Sehingga 24 Januari 2021, sejumlah 448 individu telah disaring, di mana 46 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA SRI PETALING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 Januari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan tapak binaan yang terletak di Sri Petaling, Lembah Pantai. Sehingga 24 Januari 2021, sejumlah 261 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TEMBOK TAIPING

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Larut, Matang, dan Selama di Perak. Kes indeks bagi kluster (iaitu kes ke-161008) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat tahanan di Taiping, Perak. Sehingga 24 Januari 2021, sejumlah 77 individu telah disaring, di mana 42 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LADANG SEGAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Sebanyak enam (6) kes awal bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Januari 2021 hasil saringan tempat kerja. Nama kluster merujuk kepada lokaliti ladang tersebut iaitu di Mukim Segama, Lahad Datu. Sehingga 24 Januari 2021, sejumlah 80 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KELULI TUJUH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 Januari 2021 hasil saringan bersasar  tempat kerja yang melibatkan sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor Bahru. Sehingga 24 Januari 2021, sejumlah 91 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SEGAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-166911) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kes-kes yang terletak di Jalan Segama, Lahad Datu. Sehingga 24 Januari 2021, sejumlah 40 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA FLORA

Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja tapak binaan di Presint 11, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sehingga 24 Januari 2021, sejumlah 58 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TENGAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 Januari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan sebuah kilang di Jalan Tengar, Pasir Gudang. Sehingga 24 Januari 2021, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED