Translate

06 January 2021

Kenyataan Media Covid-19 KKM - DG Hisham


Kenyataan Akhbar KPK 6 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,129 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 100,578 kes (80.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 6 Januari 2021, Malaysia telah merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 2,593 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 125,438 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 24,347 kes.  Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat empat (4) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,589 kes.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 965 kes (37.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 894 kes (92.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 571 kes (22.0 peratus) dan Sabah sebanyak 405 kes (15.6 peratus).

Sebanyak 81 kes (3.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (73 kes), Kluster Pagar Siput (4 kes), Kluster Tembok Gajah (3 kes), dan Kluster Matambai (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 141 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 67 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat (4) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 513 kes (0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital/ Tempat KematianLatar Belakang
51043178SabahLelaki (WN)65Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit darah tinggi, kencing manis, gout dan buah pinggang kronik
511106140WP Kuala LumpurPerempuan (WN)60Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi
512111987SelangorLelaki (WN)73Jenazah dibawa ke Hospital SelayangPenyakit darah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik
513113249SabahPerempuan (WN)50Jenazah dibawa ke Hospital KudatPenyakit darah tinggi, dislipidemia dan obesiti

*WN merujuk kepada warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 6 Januari 2021, terdapat sebanyak 561 kluster telah dilaporkan termasuk 13 kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 309 kluster, termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Kobena, Kluster Mengketil, dan Kluster UD SS2. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 252 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 62 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Seri Lanang (504 kes), Kluster Bukit Pasir (283 kes), dan Kluster Teratai (85 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  1. KLUSTER DATARAN UTAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 6 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 66 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER CASA PERMAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 31 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah pasaraya. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 650 individu telah disaring, di mana 109 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER MEDAN JASA

Kluster ini melibatkan daerah Petaling di Selangor; daerah Kuala Kangsar di Perak; dan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-107659) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Disember 2020. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 142 individu telah disaring, di mana 64 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TASIK UTAMA

Kluster ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan dan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-123974) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 511 individu telah disaring, di mana 49 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER FIRMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 6 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 85 individu telah disaring, di mana 45 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERSIARAN TEKNOLOGI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 6 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BERSEPADU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-114631) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 172 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PADU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-118692) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 151 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG PITAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kalabakan dan Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-115262) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 149 individu telah disaring, di mana 72 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  1. KLUSTER IKAN EMAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 6 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 35 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  1. KLUSTER KAYUH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa, Kepong, dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-121936) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Januari 2021 melalui saringan kontak rapat. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 112 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  1. KLUSTER JALAN SEPUTEH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 6 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah restoran. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  1. KLUSTER ANAK AIR

Kluster ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Jasin di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-114997) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

6 Januari 2021 @ 5.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 6 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH40538,960
SELANGOR965 (1)36,641
WP KUALA LUMPUR265 (1)14,942
NEGERI SEMBILAN1258,361
JOHOR571 (2)7,899
PULAU PINANG774,297
PERAK343,426
KEDAH423,278
WP LABUAN91,768
PAHANG111,479
MELAKA131,417
SARAWAK51,166
KELANTAN431,019
TERENGGANU19395
WP PUTRAJAYA9343
PERLIS047
JUMLAH KESELURUHAN2,593 (4)125,438

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 2,593 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 6 Januari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 965 kes 
    • 729 kes daripada kluster-kluster, termasuk 124 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Dataran Utas, Kluster Casa Permai, Kluster Medan Jasa, dan Kluster Tasik Utama;
    • 165 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 70 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 571 kes
    • 476 kes daripada kluster-kluster, termasuk 88 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Firma, Kluster Persiaran Teknologi, Kluster Bersepadu dan Kluster Jalan Padu;
    • 45 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 48 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Sabah: 405 kes 
    • 71 kes daripada kluster-kluster, termasuk 65 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Pitas;
    • 242 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 92 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 265 kes  
    • 101 kes daripada kluster-kluster, termasuk 59 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Ikan Emas, Kluster Kayuh, dan Kluster Jalan Seputeh;
    • 80 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 83 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 125 kes
    • 97 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tasik Utama;
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 77 kes 
    • 44 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 43 kes
    • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 42 kes
    • 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 34 kes
    • 18 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu:  19 kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 13 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Anak Air;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 11 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Sembilan (9) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Lima (5) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.


 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED