Translate

06 January 2021

Hujan Lebat Punca Tanah Runtuh Di Jalan Raya Timur Barat (JRTB)

                    

Hujan lebat punca tanah runtuh di JRTB

BERNAMA
06/01/2021 


IPOH, 6 Jan -- Orang ramai yang melalui Jalan Raya Timur Barat (JRTB) terutama dari arah Gerik diminta berhati-hati berikutan terdapat kejadian tanah runtuh petang ini disebabkan hujan lebat.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Zolkafly Harun berkata kejadian tanah runtuh pada 2.45 petang tadi berlaku kira-kira lima kilometer (km) sebelum kawasan Rehat dan Rawat Titiwangsa.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Kerja Raya Hulu Perak, ketinggian runtuhan tanah adalah 20 meter (m) manakala panjang kawasan terlibat 40 m.

"Berikutan itu, hanya satu lorong dibuka di sekitar kawasan terlibat selain papan tanda amaran turut dipasang," katanya kepada Bernama.

Katanya, hujan masih renyai di lokasi kejadian ketika ini.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED