Kenyataan Akhbar KPK 20 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 20 Januari 2021;
- Kes sembuh : 2,374 kes (127,662 kes kumulatif);
- Kes baharu : 4,008 kes (169,379 kes kumulatif);
- Kes import : 5 kes (5 warganegara);
- Kes tempatan : 4,003 kes [2,802 warganegara (70.0%); 1,201 bukan warganegara (30.0%)];
- Kes aktif : 41,087 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 246 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 96 kes; dan
- Kes kematian : 11 kes (630 kes kumulatif)
Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,391 kes (34.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,061 kes (76.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 513 kes (12.8 peratus), dan Johor sebanyak 470 kes (11.7 peratus).
Sebanyak 113 kes (2.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (48 kes), Kluster Tembok Nanas (45 kes), Kluster Tembok Mempaga (6 kes), Kluster Telok Mas (5 kes), Kluster Tembok Kemus (5 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), dan Kluster Damai Pelangi (1 kes).
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat (4) kes dari Selangor, masing-masing tiga (3) kes dari Sabah dan Johor, serta satu (1) kes dari Sarawak dengan sembilan (9) warganegara dan dua (2) bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 20 Januari 2021;
- Jumlah kluster : 685 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 16 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 367 kluster (termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Domis, Kluster Tinusa, dan Kluster Delima);
- Jumlah kluster aktif : 318 kluster;
- Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 84 kluster;
- Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Muda (237 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Zuhrah (175 kes), dan Kluster Pasai (139 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat 16 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini. Berikut adalah ringkasan bagi kluster-kluster tersebut;
No | Nama Kluster | Negeri | Kategori Kluster |
1 | Bestari Rantau | Selangor | Tempat Kerja |
2 | Jalan KKIP Selatan | Sabah | Tempat Kerja |
3 | Tapak Bina Jalan Abdul Aziz | Selangor | Tempat Kerja |
4 | Tapak Bina Jalan Digital | Johor, Terengganu | Tempat Kerja |
5 | Tampoi Lima | Johor | Tempat Kerja |
6 | Jalan Seroja | Johor | Tempat Kerja |
7 | Persiaran Tasek | Perak | Tempat Kerja |
8 | Jalan Usaha | Melaka | Tempat Kerja |
9 | Sungai Ibor | Negeri Sembilan | Tempat Kerja |
10 | Tapak Bina Bukit Sebukor | Melaka | Tempat Kerja |
11 | Jalan Sejahtera | WP Kuala Lumpur | Tempat Kerja |
12 | Batu Enam | Perak | Komuniti |
13 | Bukit Gelugor | Pahang | Komuniti |
14 | Jalan Niaga | Johor | Komuniti |
15 | Kampung Balibata | Sabah | Komuniti |
16 | Sawmill Luit | Pahang | Komuniti |
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
20 Januari 2021 @ 6.00 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 20 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 1,391 (1) | 50,636 |
SABAH | 406 | 45,008 |
WP KUALA LUMPUR | 513 (4) | 19,411 |
JOHOR | 470 | 14,539 |
NEGERI SEMBILAN | 176 | 10,430 |
PULAU PINANG | 124 | 6,540 |
PERAK | 170 | 4,786 |
KEDAH | 142 | 4,667 |
SARAWAK | 203 | 2,570 |
KELANTAN | 121 | 2,387 |
PAHANG | 52 | 2,370 |
MELAKA | 132 | 2,370 |
WP LABUAN | 1 | 1,919 |
TERENGGANU | 81 | 989 |
WP PUTRAJAYA | 23 | 637 |
PERLIS | 3 | 120 |
JUMLAH KESELURUHAN | 4,008 (5) | 169,379 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 4,008 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 20 Januari 2021 adalah seperti berikut:
- Selangor: 1,391 kes
- 597 kes daripada kluster-kluster, termasuk 72 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Bestari Rantau dan Kluster Tapak Bina Jalan Abdul Aziz;
- 464 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- 329 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 513 kes
- 152 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sejahtera;
- 213 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Empat (4) kes import dari luar negara; dan
- 144 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: 470 kes
- 198 kes daripada kluster-kluster, termasuk 62 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Digital, Kluster Jalan Niaga, Kluster Tampoi Lima, dan Kluster Jalan Seroja ;
- 180 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 92 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sabah: 406 kes
- 20 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan KKIP Selatan dan Kluster Kampung Balibata;
- 264 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 122 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sarawak: 203 kes
- 141 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 62 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 176 kes
- 82 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sungai Ibor;
- 52 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 42 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 170 kes
- 23 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Batu Enam dan Kluster Persiaran Tasek;
- 97 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 50 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 142 kes
- 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 72 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 54 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: 132 kes
- 29 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Bukit Sebukor dan Kluster Jalan Usaha;
- 86 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 124 kes
- 38 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
- 53 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 33 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kelantan: 121 kes
- 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 84 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Terengganu: 81 kes
- 17 kes daripada kluster sedia ada;
- 44 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pahang: 52 kes
- 28 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Sawmill Luit dan Kluster Bukit Gelugor;
- 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: 23 kes
- 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perlis : Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
LAMPIRAN 3
Ringkasan 11 kes kematian pada 20 Januari 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian | No. Kes | Negeri | Jantina (Warganegara) | Umur (tahun) | Hospital | Latar Belakang |
620 | 70532 | Sabah | Perempuan (WN) | 70 | Hospital Duchess of Kent, Sandakan | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
621 | 123243 | Sabah | Lelaki (WN) | 77 | Hospital Duchess of Kent, Sandakan | Bengkak kelenjar prostat (BPH) dan gout |
622 | 158167 | Sarawak | Lelaki (WN) | 42 | Hospital Miri | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan hati kronik |
623 | 159614 | Selangor | Lelaki (WN) | 60 | Hospital Selayang | Penyakit kencing manis, buah pinggang kronik, dan strok |
624 | 162031 | Selangor | Lelaki (WN) | 68 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit darah tinggi dan jantung |
625 | 162911 | Selangor | Lelaki (WN) | 81 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, psoriasis, strok, buah pinggang kronik, dan Cushing’s Syndrome |
626 | 162917 | Selangor | Lelaki (WN) | 54 | Jenazah dibawa ke Hospital Kajang | – |
627 | 163340 | Sabah | Perempuan (WN) | 90 | Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan hyperparathiroidism |
628 | 164352 | Johor | Perempuan (WN) | 69 | Hospital Kota Tinggi | Penyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik |
629 | 160640 | Johor | Perempuan (BWN) | 69 | Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
630 | 164328 | Johor | Perempuan (BWN) | 72 | Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian 16 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
- KLUSTER TAPAK BINA JALAN ABDUL AZIZ
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan di Jalan Dato Abdul Aziz, Seksyen 19, Petaling Jaya. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 172 individu telah disaring, di mana 56 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER BESTARI RANTAU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang yang terletak di Taman Bestari, Rantau Panjang, Klang. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 80 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN SEJAHTERA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah pasar raya yang terletak berdekatan dengan Jalan Sejahtera. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 93 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER TAPAK BINA JALAN DIGITAL
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai, Johor dan Hulu Terengganu, Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-141497) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja di Tapak Bina Jalan Digital yang terletak di Taman Perindustrian Kulai, Bukit Batu, Kulai. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 120 individu telah disaring, di mana 48 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN NIAGA
Kluster ini melibatkan daerah Kota Tinggi dan Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-157463) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada tempat di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Niaga, Kota Tinggi. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 91 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER TAMPOI LIMA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah syarikat di Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Jalan Tampoi, Johor. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 53 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN SEROJA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-143603) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang yang tinggal di Jalan Pekeliling Seroja, Kawasan Perindustrian I-Park, Bandar Indahpura, Kulai. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 881 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN KKIP SELATAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-149138) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada kilang tempat kerja kes indeks yang terletak di KKIP Selatan, Sepanggar, Kota Kinabalu. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 125 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER KAMPUNG BALIBATA
Kluster ini melibatkan daerah Beaufort dan Sandakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-138593) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Januari 2021 hasil saringan sebelum rentas negeri. Kluster ini melibatkan majlis pengkebumian dan kenduri tahlil di Kampung Balibata, Beaufort. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 35 individu telah disaring, di mana kesemua kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER SUNGAI IBOR
Kluster ini melibatkan daerah Rembau di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-168224) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala dan mempunyai sejarah perjalanan rentas negeri dari Johor. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar di sebuah institusi latihan awam yang terletak di Kampung Sungai Ibor, Pedas. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 138 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER BATU ENAM
Kluster ini melibatkan daerah Batang Padang, Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-147149) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada tempat di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Orang Asli Batu Enam, Batang Padang. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER PERSIARAN TASEK
Kluster ini melibatkan daerah Batang Padang, Kinta, dan Kuala Kangsar di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-150527) merupakan kes Influenza Like Illness (ILI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Januari 2021. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang di Persiaran Tasek, Tasek Industrial Estate, Ipoh. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 181 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER TAPAK BINA BUKIT SEBUKOR
Kluster tempat kerja ini melibatkan sebuah tapak binaan di daerah Melaka Tengah, Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-165293) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Bukit Sebukor, Melaka Tengah. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 113 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN USAHA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah, Alor Gajah, dan Jasin di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-161674) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada tempat kerja kes indeks iaitu di Jalan Usaha, Kawasan Perindustrian Ayer Keroh, Melaka. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 36 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER SAWMILL LUIT
Kluster ini melibatkan daerah Maran dan Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-147323) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala dan mempunyai sejarah perjalanan rentas negeri dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Pekan Sawmill Luit, Maran. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER BUKIT GELUGOR
Kluster ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-144153) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala dan mempunyai sejarah perjalanan rentas negeri ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti rumah kediaman kes indeks iaitu di Bukit Gelugor, Beserah, Kuantan. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 102 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.