Translate

11 January 2021

Adun Galas, Mohd Syahbuddin Hashim Positif COVID-19


Adun Galas, Mohd Syahbuddin Hashim positif Covid-19  

ADUN Galas Mohd Syahbuddin sahkan positif COVID-19

Astro Awani
11/1/21


KOTA BHARU: Seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam Parlimen Gua Musang disahkan positif COVID-19 hari ini.

Perkara itu disahkan sendiri ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim menerusi hantaran Facebook miliknya sebentar tadi.

Syahbuddin dalam kenyataannya berkata, beliau bersama isterinya disahkan positif selepas melakukan ujian swab kelmarin.

"Dengan penuh dukacita dan hiba, hari ini saya dan isteri disahkan positif COVID-19 dan kepada semua yang ada berhubung rapat dipohon jutaan maaf kerana mungkin menyusahkan tuan dan puan yang terpaksa menjalani swab test dan mungkin terkena jangkitan.

"Gua Musang telah diisytiharkan Zon Merah, berhati-hatilah semua," katanya yang akan menjalani kuarantin di Hospital Kuala Krai petang nanti.

Kelmarin, ADUN Nenggiri Ab Aziz Yusoff bersama Ketua Pemuda UMO Gua Musang Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani disahkan positif COVID-19.

Dua pemimpin itu dihantar menerima rawatan serta dikuarantin di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai dan berada dalam keadaan stabil.

Ab Aziz dan Mohd Azmawi Fikri dalam hantaran di Facebooknya mohon rakyat di kawasan Parlimen Gua Musang mendoakan mereka selamat.

"Kami memohon doa rakyat supaya diberi kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah.
"Kami juga mohon maaf di atas kekhilafan. Semoga Allah permudahkan segalanya," katanya.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Positif +++ Dengan penuh dukacita dan hiba... Hari ini Abe Din dan Isteri disahkan Positif Covid-19. Kepada semua yang...

Posted by Mohd Syahbuddin Hashim on Sunday, January 10, 2021

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED