Translate

16 November 2024

Lewat daftar masuk penerbangan punca pergaduhan di KLIA Terminal 1 - Polis



Lewat daftar masuk penerbangan punca pergaduhan di KLIA Terminal 1 - Polis

Bernama

16/11/2024


Tular video berdurasi 25 saat yang memaparkan insiden pergaduhan di KLIA Terminal 1 melibatkan dua individu. - Gambar hiasan/Bernama


PUTRAJAYA: Kelewatan mendaftar masuk dipercayai menjadi punca perselisihan faham antara penumpang tempatan dengan seorang pekerja syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 10 November lepas.

Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner Azman Shari'at berkata polis menerima laporan berkaitan insiden berkenaan daripada petugas syarikat penerbangan.

"Akibat selisih faham itu, berlaku pergaduhan kecil dan petugas syarikat penerbangan berkenaan mengalami kecederaan ringan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan kes itu dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Azman berkata orang ramai dinasihatkan tidak menyebar atau memuat naik sebarang kenyataan yang tidak benar dan palsu kerana tindakan sedemikian boleh disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, tular video berdurasi 25 saat yang memaparkan insiden pergaduhan di KLIA Terminal 1 melibatkan dua individu.

-- BERNAMA




@sinarharianonline

Kelewatan mendaftar masuk dipercayai menjadi punca pergaduhan antara individu dengan seorang pekerja syarikat penerbangan di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Ahad lalu. Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari'at berkata, laporan berkaitan insiden berkenaan dibuat salah seorang individu terbabit. Katanya, kejadian mengakibatkan petugas syarikat penerbangan itu mengalami kecederaan ringan. "Siasatan berkaitan kejadian dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan," ujarnya. #SinarHarian #fyp #KLIA #Gaduh #VideoViral

♬ original sound - Sinar Harian

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED