Source: Info Roadblock JPJ/POLIS
Enam pengawal keselamatan belasah lelaki ditahan
Astro Awani
16/1/21
ALOR SETAR: Enam pengawal keselamatan warga Bangladesh sebuah kompleks beli belah di Lebuhraya Darulaman, Alor Setar ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kejadian memukul seorang lelaki tempatan, semalam.
Kesemua mereka berusia antara 26 hingga 41 tahun ditahan selepas mangsa berusia 34 tahun itu membuat laporan polis berkaitan kes itu malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, kejadian berlaku jam 3 petang ketika mangsa meletak motosikalnya di hadapan kompleks beli belah itu.
Bagaimanapun, salah seorang pengawal keselamatan terbabit memarahi mangsa kerana tidak meletakkan motosikal di tempat yang disediakan.
“Difahami seorang lelaki telah meletakkan motosikal miliknya di kawasan yang bukan dikhaskan. Seorang pengawal keselamatan dalam usaha menjalankan tugasnya telah menghampiri lelaki terbabit,” katanya.
Ahmad Shukri berkata, pengawal keselamatan terbabit kemudian memanggil beberapa rakan sekerjanya antara lima hingga enam orang.
Mangsa yang mengalami lebam dan sakit pada anggota badan telah pergi ke Balai Polis Kota Setar untuk membuat laporan. - Astro AWANI
Beliau berkata, mereka kemudian didakwa menarik mangsa memasuki satu bilik dan memukul mangsa menggunakan tangan dan kayu penyapu.
“Susulan itu berlaku salah faham antara kedua-dua mereka dan satu pergaduhan tercetus di antara pengawal keselamatan yang lain dengan lelaki tersebut,” jelasnya.
Mangsa yang mengalami lebam dan sakit pada anggota badan telah pergi ke Balai Polis Kota Setar untuk membuat laporan.
Tambahnya lagi siasatan polis masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Source: Astro Awani
FOR MORE NEWS GO TO: