COVID-19: 4,029 jangkitan, kes harian paling tinggi!
Astro Awani
16/1/21
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan kes harian paling tinggi COVID-19 apabila sejumlah 4,029 kes positif dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 4,021 merupakan kes jangkitan tempatan manakala lapan lagi kes import.
Dengan pertambahan itu, ia menjadikan jumlah kes aktif yang sedang dirawat kini adalah 37,126 kes dengan 205 kini di unit rawatan rapi (ICU) dan 79 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, lapan lagi kematian direkodkan dengan 2,148 pula pulih dalam tempoh 24 yang lalu.
FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-4029-jangkitan-kes-harian-paling-tinggi-278133