Translate

14 November 2020

Ugut, Tikam Tayar Kenderaan JPJ, 5 Individu Termasuk Nenek Ditahan

             



Ugut, tikam tayar kenderaan JPJ, 5 individu termasuk nenek ditahan

Astro Awani
13 November 2020

JITRA: Polis menahan lima individu kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta melakukan ugutan jenayah menggunakan parang terhadap sepasukan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jitra pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, salah seorang suspek turut bertindak menikam tayar kenderaan utiliti sukan (SUV) penguat kuasa JPJ.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, terdahulu sepasukan empat penguat kuasa JPJ mengarahkan sebuah van dinaiki empat individu termasuk dua wanita supaya berhenti untuk pemeriksaan.

"Bagaimanapun, pemandu van lelaki berusia 20-an itu enggan berhenti menyebabkan penguat kuasa JPJ mengekorinya. Dia kemudian berhenti di hadapan sebuah pasar raya di Jitra.

"Pemeriksaan kemudian mendapati pemandu van terbabit tiada lesen memandu selain cukai jalan dan sijil pemeriksaan Puspakom van itu tamat tempoh.

"Secara tiba-tiba, seorang wanita berusia 45 tahun turun dari van dan membuat provokasi dengan mengatakan anggota penguat kuasa JPJ bersikap kurang ajar kerana menakutkan cucunya dengan membunyikan siren," katanya di sini, pada Jumaat.

Tayar kenderaan yang ditikam seorang suspek.

Katanya, ketika hendak mengeluarkan kompaun, anggota JPJ terbabit ditolak seorang penumpang lelaki van berkenaan yang turut membuat ancaman jenayah sambil menunjukkan sejumlah wang dipercayai bertujuan mengaibkann penjawat awam.

"Ketika itu seorang lagi lelaki berusia 40-an keluar dari premis berhampiran dengan bersenjatakan sebilah parang dan mengacukannya ke arah anggota JPJ terbabit sambil mengeluarkan ugutan yang mengancam nyawa.

"Lelaki itu kemudian menikam tayar hadapan sebelah kiri kenderaan JPJ menyebabkannya pecah," katanya.

Bertindak atas maklumat, Mohd Ismai berkata, sepasukan polis kemudian menahan tiga lelaki dan dua wanita disyaki terbabit dalam kes berkenaan tidak lama kemudian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506, Seksyen 353, Seksyen 427 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan selain Peraturan 10 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED