Translate

14 November 2020

Covid-19 Indonesia reported 5,444 new cases total now at 457,735 & 104 new deaths taking total to 15,037


Indonesia catat kes baharu harian COVID-19 tertinggi, lepasi angka 5,000

BERNAMA
13 November 2020


JAKARTA: Indonesia mencatatkan kes jangkitan COVID-19 tertinggi dalam tempoh 24 jam iaitu melepasi angka 5,000, sejak kes pertama dikesan pada 2 Mac lepas.

Jangkitan COVID-19 di Indonesia kini berjumlah 457,735 kes, selepas mencatatkan 5,444 lagi kes positif baharu, hari ini.

Bagaimanapun sebanyak 385,094 pesakit yang disahkan positif virus itu, dilaporkan telah sembuh daripada jangkitan berkenaan.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 58,896 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 104 lagi kematian direkodkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini 15,037 orang.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 116,207 dengan tambahan 1,033 kes baharu, manakala provinsi Jawa Timur merekodkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,982 orang.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED