Translate

25 November 2020

Seorang Lagi Anggota PGA Cedera Ditembak Di Sempadan Malaysia-Thailand

               

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

Astro Awani
25 November 2020

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika bertugas di Pos M-15 sempadan Malaysia-Thailand, di Bukit Kayu Hitam, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, anggota terbabit sedang melakukan kawalan di Pos M16 sebelum terkena tembakan secara tiba-tiba.

Sumber memaklumkan, anggota terbabit mengalami kecederaan ringan berikutan peluru yang dipercayai dilepaskan dari arah negara jiran terkena baju kalis pelurunya.

Difahamkan, anggota terbabit kini mendapat rawatan dan siasatan berhubung kejadian sedang dilakukan pihak berkuasa.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

Ini adalah kejadian kedua membabitkan anggota PGA di sempadan Malaysia-Thailand diserang menggunakan senjata api.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 pagi semalam, Koperal Baharuddin Ramli, 54, terkorban manakala rakannya Koperal Norihan Tari, 39, mengalami kecederaan parah ketika berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup di kawasan sempadan berhampiran Padang Besar.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 6 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 33 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar seru semua pihak tangguh tindakan, keluar' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 47 mins ago