Translate

12 August 2020

STATUS COVID-19 MALAYSIA: New Cases-8 Active Cases-183 Total Cases-9257 Deaths-125

CORONAVIRUS DISEASE (COVID-19) MALAYSIA UPDATE: 22 AUGUST 2020




Status terkini COVID-19 setakat 22 Ogos 2020
Jumlah discaj baru: 4 Jumlah kumulatif discaj: 8949 (96.7%) Jumlah kes baru; 8 Jumlah kumulatif: 9257 Jumlah kes aktif: 183 Jumlah kematian: 0 Jumlah kumulatif kematian: 125 (1.35%) Jumlah kes di ICU: 8 Pesakit intubated: 4

Kenyataan Akhbar KPK 22 Ogos 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,949 kes (96.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 22 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat lapan (8) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,257 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 183 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada lapan (8) kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan satu (1) warganegara Malaysia dan dua (2) bukan warganegara. Tiga (3) kes import tersebut adalah dari negara:

  1. Bangladesh (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  2. Belanda (1 kes di Sarawak); dan
  3. Filipina (1 kes di Sabah).

Kesemua lima (5) kes penularan di dalam negara melibatkan warganegara Malaysia iaitu kes daripada Kluster Tawar di Kedah. Kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat lapan (8) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat (4) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KLUSTER TAWAR

Terdapat lima (5) kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar di negeri Kedah, justeru menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 kluster ini sebanyak 63 kes. Sehingga 22 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 2,942 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

  1. Kedah (2,414 disaring):
    • 52 kes dikesan positif COVID-19;
    • 2,227 individu negatif; dan
    • 135 individu masih menunggu keputusan.
  2. Pulau Pinang (517 disaring):
    • 11 kes dikesan positif COVID-19;
    • 443 individu negatif; dan
    • 63 individu masih menunggu keputusan.
  3. Perak: Kesemua 11 saringan adalah negatif. Tiada saringan baharu.

Pengesanan kes dan saringan kontak rapat bagi kluster ini masih diteruskan. Situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

SEMAKAN PERSOALAN MENGENAI ALAMAT YANG TIDAK TEPAT KES DI SUBANG JAYA DI DALAM APLIKASI MYSEJAHTERA

Ingin dimaklumkan bahawa KKM telah menerima persoalan mengenai notifikasi kes COVID-19 di kawasan Subang Jaya. Semakan dan siasatan telah dijalankan terhadap lokasi yang tidak tepat ini. Untuk makluman, kes positif COVID-19 tersebut telah dilaporkan pada 10 Ogos 2020 dan merupakan seorang bukan warganegara yang telah menjalani saringan di tempat kerja. Sementara menunggu keputusan ujian, majikan beliau telah mengambil inisiatif meletakkan beliau di bawah kuarantin di sebuah hotel di Subang Jaya, justeru merupakan lokasi yang turut didaftar dalam aplikasi MySejahtera.

Namun demikian setelah mendapat keputusan saringan COVID-19, alamat pendaftaran kes tersebut dipindahkan semula ke alamat tempat tinggal beliau iaitu di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras sebelum beliau dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Ini penting kerana segala tindakan pengesanan kes secara aktif dan juga saringan kontak rapat dijalankan di lokasi tempat kediaman kes, iaitu di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Lokasi ini juga turut dikemaskini di aplikasi MySejahtera sebagai alamat kes tersebut.

Pihak KKM ingin menyampaikan penghargaan kepada orang ramai yang telah menggunakan pelbagai fungsi aplikasi MySejahtera, dan ternyata masyarakat cakna dengan perkembangan kes COVID-19 di sekitar mereka. KKM mengucapkan terima kasih atas kerjasama dalam melaporkan sebarang isu berkaitan COVID-19 kepada KKM. KKM juga ingin menasihatkan orang ramai agar hanya berkongsi maklumat yang terbukti kesahihannya agar tidak menimbulkan panik di dalam masyarakat.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihatkan orang ramai agar kekal waspada dan terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

22 Ogos 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 22 OGOS 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS031
KEDAH5198
PULAU PINANG0136
PERAK0269
SELANGOR02,153
NEGERI SEMBILAN01,034
MELAKA0259
JOHOR0751
PAHANG0370
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH1 (1)417
SARAWAK1 (1)688
W.P. KUALA LUMPUR1 (1)2,555
W.P. PUTRAJAYA099
W.P. LABUAN023
JUMLAH KESELURUHAN8 (3)9,257

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import



PERINCIAN KES BAHARU (8) KL - 1 1 kes import BWN tiba dari Bangladesh SARAWAK - 1 1 kes import WN tiba pulang dari Belanda SABAH - 1 1 kes BWN saringan tahanan di lokap KEDAH - 5 5 kes WN kluster Tawar

Image


Image

Image

Image

Image



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED