Translate

12 August 2020

Ketua balai polis antara 3 anggota ditahan SPRM





Tiga anggota polis termasuk ketua balai ditahan SPRM

Astro Awani |


Ketiga-tiga suspek ditahan dalam serbuan pada lewat petang Selasa. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka telah menahan tiga anggota polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM6,000.

Kesemua suspek termasuk seorang Ketua Polis Balai (OCS) berusia 57 tahun ditahan lewat petang Selasa dalam serbuan di sebuah balai polis di Melaka.

Menurut sumber, dalam serbuan tersebut, wang rasuah berjumlah RM6,000 ditemukan disimpan dalam pejabat suspek sebagai wang perlindungan agar tiada tindakan diambil terhadap pemilik perniagaan yang melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Difahamkan, suspek turut meminta pemilik perniagaan untuk membayar wang perlindungan sebanyak RM1,000 setiap bulan agar perniagaannya tidak diganggu atau diambil tindakan.

Kesemua suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Pengarah SPRM Melaka, Awang Koko Ahmad Taufik Putra Awang Ismail mengesahkan tangkapan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED