Translate

10 August 2020

IGP Tan Sri Hamid Bador takes time to meet with Asri Janggut in Bukit Aman at 3.00pm (1 Video)

 



 Read More:

KPN- Polis Akan Siasat Dakwaan Facebook Hot Burger Malaysia Tentang Premis Judi Haram dan Jualan Rokok Seludup



Selepas Kenyataan Polis Sungai Buloh - Tuan Haji Asri PPIM (Asri Janggut) Mendedahkan Apa Tindakan Dia Daripada Mula Hingga Sekarang



Sidang Media Polis Sungai Buloh Berkenaan Dengan Aduan Facebook Hot Burger Malaysia (2 Videos)






Tular kes kedai judi di Sungai Buloh. Ini kata2 KPN Tan Sri Abdul Hamid Bador

August 9, 2020


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memberi jaminan tindakan segera akan diambil bagi membanteras kegiatan mesin judi, penjualan rokok seludup dan aktiviti perniagaan haram warga asing di kawasan Sungai Buloh.

Sambil berterima kasih kepada individu yang mendedahkan kegiatan terbabit menerusi satu video yang tular semalam, beliau berkata, tindakan tegas pasti diambil termasuk terhadap mereka yang bersekongkol dalam aktiviti jenayah itu.

Abdul Hamid menegaskan, Bukit Aman sudah memulakan tindakan sebaik pendedahan mengenai kegiatan itu dibuat menerusi video oleh seorang peniaga, dipercayai penjual burger di kawasan Sungai Buloh.

“Bagus ada pihak yang berani dan ikhlas mendedahkan situasi sebenar di lapangan dan kita bertindak segera ke atas semua kegiatan yang salah ini,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, BH difahamkan satu sidang media akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh oleh ketua polis daerah berkenaan, hari ini.

Dua video yang tular menerusi laman sosial Facebook atas nama akaun Hot Burger Malaysia semalam, mendedahkan mengenai kegiatan premis mesin judi dan aktiviti penjualan rokok seludup dan operasi perniagaan haram dalam kalangan warga asing.

Satu video berdurasi 13.28 saat sudah ditonton oleh 3.6 juta orang selepas 18 jam disiarkan, satu lagi video berdurasi 8.29 saat ditonton oleh 1.4 juta penonton.

BERITA HARIAN

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED