Translate

09 August 2020

KPN- Polis Akan Siasat Dakwaan Facebook Hot Burger Malaysia Tentang Premis Judi Haram dan Jualan Rokok Seludup



Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap dakwaan kegiatan perjudian serta penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap pihak terlibat aktiviti perjudian.

"Saya tegas menyatakan bahawa tiada kompromi dalam usaha membanteras judi. Judi menjahanamkan masyarakat kerana ia mengembangkan perlakuan Iain-lain jenayah.

"Polis akan siasat dakwaan individu terbabit yang mengatakan terdapat berlakunya kegiatan perjudian di kawasan itu," katanya kepada Sinar Ahad di sini semalam.

Tan Sri Abdul Hamid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang lelaki yang merupakan pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia yang mendakwa terdapat kegiatan premis perjudian serta penjualan rokok seludup yang dijual seperti tiada pemantauan daripada pihak berkuasa di kawasan Sungai Buloh.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oregon viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 12 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Astro caps off FY25 with content triumphs, quarter' 21 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ringgit dibuka tinggi, daya tarikan meningkat dala' 24 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Astro caps off FY25 with content triumphs, quarter' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '5 Die, 4 Critical At Bukit Jalil Concert | BEST FB' 28 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'PM reveals attack on MAHB digital system with hack' 37 mins ago
A visitor from George town viewed 'KPDN rampas 5,500 barangan tiruan bernilai RM360,0' 46 mins ago
A visitor from Brussels viewed 'Astro caps off FY25 with content triumphs, quarter' 46 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'PM reveals attack on MAHB digital system with hack' 50 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'PM reveals attack on MAHB digital system with hack' 50 mins ago