Translate

09 August 2020

Sidang Media Polis Sungai Buloh Berkenaan Dengan Aduan Facebook Hot Burger Malaysia (2 Videos)










Polis nafi tidak ambil tindakan ke atas premis judi di Sungai Buloh

09/08/2020 05:12 PM



SUNGAI BULOH, 9 Ogos -- Polis hari ini menafikan dakwaan seorang pengguna laman sosial kononnya tiada tindakan diambil terhadap premis perjudian di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh di sini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar berkata berdasarkan statistik sehingga Julai tahun ini, polis telah melakukan 40 serbuan dan 132 tangkapan bagi kes perjudian di sekitar kawasan berkenaan.

Katanya, pada tahun lepas sahaja, polis melakukan 91 serbuan dan 107 tangkapan sekali gus membuktikan bahawa polis tidak pernah bersekongkol dalam aktiviti perjudian.



“Polis juga pernah melakukan serbuan dan tangkapan kes perjudian di lokasi-lokasi yang didedahkan oleh pengguna laman sosial itu pada tahun ini.

“Kali terakhir operasi adalah pada dua minggu lepas dan ini menunjukkan yang dakwaan pemilik akaun tersebut bahawa tiada tindakan diambil adalah satu fitnah dan tohmahan tidak berasas,“ katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di sini, hari ini.

Semalam, tular satu video yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Asri Janggut mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh di sini.


Shafa’aton berkata polis telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan itu dan akan memanggil pengguna laman sosial berkenaan untuk memberikan keterangan.

“Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pemilik akaun ini telah dikenalpasti dan polis juga menerima laporan daripada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berhubung rakaman video itu,” katanya.


Dalam pada itu, Shafa’aton berkata polis melakukan enam serbuan di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh semalam dan menahan dua lelaki warga Bangladesh kerana terlibat kegiatan perjudian.

“Terdapat beberapa premis yang diserbu berkunci dan dipercayai telah lama tidak beroperasi. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan perjudian atau penyeludupan diminta untuk terus menyalurkannya kepada pihak polis,” katanya.

Beliau berkata polis bekerjasama dengan pelbagai agensi seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan lain-lain dalam menangani isu perjudian atau penyeludupan rokok di daerah ini.

-- BERNAMA


Bagus, ada orang berani, ikhlas...' - KPN | Harian Metro

KPN- Polis Akan Siasat Dakwaan Facebook Hot Burger Malaysia Tentang Premis Judi Haram dan Jualan Rokok Seludup

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Indiana viewed 'Rilek Je Johan Kentut masa dia dan isterinya sedan' 3 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'RAMADAN " BUKA PUASA " BUFFET OFFERS 2013 - E - FL' 7 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 19 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'KL court official called back to court for trial |' 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Waspada jika dimasukkan dalam kumpulan media sosia' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 59 mins ago
A visitor from Chandigarh viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Tipperary viewed 'BEST FBKL' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Royalties Participating in the Sea Games | BEST FB' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 2 hrs 8 mins ago