Translate

02 August 2020

#Covid-19 #Malaysia l New Cases-14 {Local-13 Imported-1} | Active-210 | Total-8999 | Death 125






Kenyataan Akhbar KPK 2 Ogos 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 17 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,664 kes (96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - 2 OGOS-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 2 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 14 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,999 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 210 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 14 kes baharu yang dilaporkan, satu (1) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan bukan warganegara dari negara Filipina.

Daripada 13 kes penularan di dalam negara, kesemua 13 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (13 kes) adalah:

  • Kedah: 11 kes daripada Kluster PUI Sivagangga seperti yang diperincikan di bawah; dan
  • Sabah: dua (2) kes saringan di Pintu Masuk Antarabangsa Laut Labuan. Kes pertama merupakan pelajar yang tiba dari Sandakan, Sabah yang akan memulakan pengajian di Wilayah Persekutuan (WP) Labuan. Kes kedua pula dari Penampang, Sabah yang datang ke WP Labuan untuk bercuti bersama keluarga.

Sehingga kini, terdapat dua (2) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana satu (1) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

NEW-GRAF-White-Update-case-number-covid-19 (7)

STATUS TERKINI BAGI KLUSTER PUI SIVAGANGGA

Sehingga 2 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak 313 orang telah disaring. Daripada jumlah ini:

  • 20 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 280 negatif; dan
  • 13 kes masih menunggu keputusan ujian.

Daripada 20 kes yang dikesan positif, kesemua kes adalah aktif. Tiada kes dirawat di ICU dan tiada kematian dilaporkan. Daripada kes positif yang dilaporkan, sebanyak 15 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan lima (5) kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Pada hari ini, sebanyak 11 kes positif dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan KKM:

  • Lapan (8) kes merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8975, iaitu termasuk juga satu (1) kes pelajar sekolah berumur 7 tahun. Kes-8975 merupakan kes generasi pertama­.
  • Tiga (3) kes merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8976, iaitu termasuk juga satu (1) kes pelajar sekolah berumur 10 tahun. Kes-8976 merupakan kes generasi pertama­;

WhatsApp Image 2020-08-02 at 4.16.47 PM

Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan menerima rawatan. Aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif (Active Case Detection) giat dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk mencegah penularan COVID-19. Aktiviti pembersihan dan nyahkuman dilaksanakan di semua premis termasuklah sekolah yang terlibat dan rumah kes yang dikesan positif.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihatkan masyarakat agar terus waspada dan terus amalkan nasihat-nasihat ini sebagai satu kebiasaan baharu bukan sahaja semasa musim perayaan, namun dalam kehidupan harian misalnya:

  • Elakkan 3S / 3C :iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-26 at 3.10.48 PM

  • Amalkan 3W :iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S :Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O :Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P :Penjarakan fizikal (physical distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

2 Ogos 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 2 OGOS 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS019
KEDAH11121
PULAU PINANG0121
PERAK0264
SELANGOR1 (1)2,130
NEGERI SEMBILAN01,029
MELAKA0258
JOHOR0742
PAHANG0370
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH2400
SARAWAK0678
W.P. KUALA LUMPUR02,476
W.P. PUTRAJAYA098
W.P. LABUAN019
JUMLAH KESELURUHAN14 (1)8,999

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import



Image

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED