Translate

11 December 2018

Dewan rakyat kecoh! Bung, Tajuddin dihalau, MP BN protes keluar dewan




Dewan Rakyat kecoh dengan pertengkaran diantara ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan sehingga timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Mohd Rashid Hasnon mengarahkan dua ahli parlimen BN keluar dari dewan. Ahli Parlimen BN itu ialah Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang diarahkan keluar dewan selama satu hari. Ia mengundang rasa tidak puas hati Ahli Parlimen BN yang memprotes keluar dewan beramai-ramai. Isu tercetus apabila Bung Moktar meminta Ahli Parlimen Jelutong dari HARAPAN, RSN Rayer meminta maaf kerana menyebabkan speaker Datuk Mohamad Ariff Mohd Yusof membuat keputusan untuk mengusir Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C Sivaraajh dari menghadiri persidangan Dewan Rakyat sejak 5 Dis.



Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff menarik balik arahan keluar dewan dan larangan kepada Ahli Parlimen Cameron Highlands dari menghadiri sidang Dewan Rakyat pada 5 Disember.

Menurut Mohamad Ariff, Datuk C. Sivarraajh layak untuk menghadiri sidang dewan rakyat kerana isu yang dihadapi beliau bukan atas sebab kekosongan luar jangka yang memberi kuasa kepada Speaker Dewan Rakyat untuk memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebaliknya ia adalah kekosongan yang diputuskan oleh mahkamah pilihan raya, justeru mahkamah adalah pihak yang mempunyai kuasa untuk memaklumkan kepada SPR.

Mahkamah Persekutuan mempunyai tempoh sehingga enam bulan bagi membolehkan membuat keputusan selepas rayuan di buat sehingga itu Sivarrajh dibenarkan menjadi Ahli Parlimen yang sah dan bebas menghadiri sidang Dewan rakyat

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED