Translate

10 May 2018

Pakatan Harapan Buat Kejutan Dengan Kemenangan Besar di Negeri Johor di PRU14 PKR 36 BN 19 PAS 1


Keputusan PRU-14: PKR bentuk kerajaan negeri Johor

FAIZAL NAZARUDDIN dan MOHD. IZUAN ROSELI
10 Mei 2018 3:28 AM




Salahuddin (duduk tengah) ketika mengadakan sidang media mengenai pembentukan kerajaan negeri Johor oleh Pakatan Harapan pagi tadi.




JOHOR BAHRU - Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dianggotai gabungan parti Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan negeri Johor setelah memenangi sebanyak 36 kerusi Dewan Undangan Ngeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) awal pagi ini.


PKR memperoleh 36 kerusi menewaskan Barisan Nasional (19) dan Pas (1) dalam keputusan yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pukul 2.30 pagi.


Naib Presiden Pakatan Harapan (PH) Johor, Salahuddin Ayub berkata, menerusi pengumuman SPR sebentar tadi, keputusan tersebut bermakna PH boleh membentuk kerajaan negeri selepas PRU-14 ini.

“Mandat yang diberikan oleh rakyat akan dijalankan dengan sebaiknya, jika mandat ini tidak dijalankan sebaik mungkin, rakyat akan membalas balik pada PRU akan datang.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED