image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2018/05/30/03/27/screen%20shot%2020180530%20at%2031130%20am.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
KUALA LUMPUR: Kontroversi video panas mirip Syafiq Kyle yang tular sejak Ahad lalu akan terus menjadi persoalan berikutan aktor itu memilih untuk tidak mengesahkan mengenainya namun membiarkan masyarakat memberi pandangan masing-masing.
Syafiq, 26, berkata, dia tetap akan berhadapan dengan perspektif berbeza-beza sama ada dia mengaku atau tidak individu dalam video berkenaan adalah dirinya.
"Sama ada saya atau tidak tetap akan ada pandangan yang berlainan dan saya adalah insan yang bertanggungjawab untuk memanjangkan atau pendekkan isu ini. Saya pilih menghentikannya di sini dan meneruskan kehidupan.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/05/30/syafiq-kyle-pc/~/media/33628a37f48a420998518e6252d10596.ashx?la=en
Syafiq terus membiarkan video itu terus menjadi tanda tanya.
"Bagi saya, biarlah orang nak cakap itu saya atau bukan. Saya juga menghargai dugaan ini sebagai perkara yang mematangkan saya," ujarnya kepada mStar Online.
Pelakon drama Nur itu ditemui pada sidang media khas yang diadakan di sebuah hotel sini pada malam Selasa bagi menjelaskan isu berkenaan.
Pertemuan itu diaturkan pihak pengurusannya bersama beberapa pihak media selepas isu itu berlarutan tanpa penjelasan daripada mulut aktor berkenaan.
Sejak malam Ahad lalu, pengguna Twitter mula membicarakan video yang memperlihakan individu mirip Syafiq Kyle yang melakukan perkongsian sembang video aksi melampau bersama seorang individu dikenali sebagai Mira.
Video berdurasi kira-kira dua minit itu mula tersebar dan menjadi perbincangan hangat termasuklah ada pihak yang berhasrat menjual versi penuh kepada netizen.
Dalam pada itu, Syafiq mengakui sudah mengetahui tentang kewujudan video berkenaan sejak dua tahun lalu, namun tidak pasti kesahihannya.
Katanya, beberapa individu pernah memberi petunjuk bahawa mereka memiliki video tersebut.
“Dua tahun lalu saya sudah menghidu tentang video tersebut ada yang jumpa saya beritahu mereka sudah melihatnya. Saya tertanya-tanya video apa yang dimaksudkan sehinggalah ia tersebar dua hari lalu.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/05/30/syafiq-kyle-pc/~/media/068671f1747b42cab78d2171aee4a348.ashx?la=en
“Sejujurnya saya tidak mahu tengok video-video itu sejak ia tular dan dikongsikan di media sosial.
“Saya tidak sangka ia jadi sebesar ini dan terjadi pada bulan Ramadan, di mana sepatutnya menjadi bulan saya membersihkan dosa-dosa lampau saya,” ujarnya.
Selain itu, apabila ditanya tentang wanita yang dikenali sebagai Mira, Syafiq memberitahu dia mungkin mengenali wanita itu.
“Mungkin kami pernah kenal, saya sendiri tidak mahu memanjangkannya,” ujar Syafiq.
Dalam pada itu, ditanya tentang reaksi keluarga, pelakon itu berkata, ibu adalah insan paling terkesan dan kecewa dengan berita tersebut.
Namun, dia bersyukur keluarga masih memberi sokongan dan menjadi tulang belakang untuk dia berhadapan dengan pengalaman buruk ini.
“Ibu saya menangis sebelum dia jumpa saya berbincang tentang perkara ini. Sudah tentu dia sedih kerana laman berita yang melaporkan berita-berita kerjaya dan kejayaan saya bertukar melaporkan berita paling buruk anak dia.
“Saya tahu apa yang terjadi ini memberi kesan juga pada kehidupan mereka, saya sendiri kena bangun tunjukkan sesuatu yang positif agar mereka tidak bimbang dengan keadaan saya,” ujarnya.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/05/30/syafiq-kyle-pc/#rMZkc2U7ZLrl8F7b.99