Translate

30 May 2018

MAHATHIR TSUNAMI was one of the key factors Pakatan Harapan won, Invoke not really accurate


BEST FBKL: Invoke's prediction of PAS not being able to win a single parliament seat was far off, they even won two states. 
 MAHATHIR TSUNAMI was one of the key factors Pakatan Harapan won



Banyak keputusan kajian Invoke tidak tepat, kata Khairuddin


FMT Reporters | May 29, 2018



Khairuddin Abu Hassan berkata Rafizi tidak perlu pertikaikan faktor kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya 9 Mei.




PETALING JAYA: Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata banyak keputusan kajian Invoke Malaysia “tidak tepat” dan “tidak konsisten” selepas pengasasnya, Rafizi Ramli mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad bukan faktor utama kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya 9 Mei lepas.

Beliau tidak menamakan mana-mana dapatan secara khusus, namun Khairuddin menimbulkan beberapa persoalan yang mempertikaikan kewibawaan kajian badan kaji selidik itu.

“Adakah kajian Invoke ini menyeluruh? Berapa jumlah responden yang dikaji selidik? Boleh saya tahu berapa peratus responden yang ditemui oleh Invoke secara perbandingan dengan jumlah keseluruhan rakyat?”

“Yang saya perhatikan banyak juga keputusan-keputusan kajian Invoke tidak tepat.



“Kadangkala keputusan kajian Invoke juga tidak konsisten,” kata Khairuddin dalam kenyataan hari ini.

Ahli jawatankuasa Biro Komunikasi dan Mobilisasi PH itu bagaimanapun menambah beliau menghormati hak Rafizi untuk berkata demikian, tetapi naib presiden PKR itu tidak perlu mempertikaikan faktor kemenangan PH.

“Itu tidak relevan lagi buat masa ini,” kata Khairuddin. “Kita diberi mandat oleh rakyat malaysia untuk bina semula negara bukan untuk berbalah sesama sendiri atau pertikai di antara sesama kita.”

“Sesungguhnya, saya hormati Rafizi Ramli tetapi sejak kebelakangan ini saya nampak beliau macam emosional sikit. Tak tahu lah mengapa?” katanya.

Khairuddin dalam membuat tegurannya mengakui sumbangan Rafizi selama ini kepada Pakatan Harapan “agak signifikan” namun kenyataannya kebelakangan ini kelihatan “tidak selari dengan semangat solidariti PH masa kini”.

Beliau mengingatkan Rafizi untuk kurang bercakap perkara yang tidak memanfaatkan kerajaan PH.

“Insya-Allah, saya akan sarankan pada perdana menteri dan timbalan perdana menteri untuk mempertimbangkan memberi satu jawatan penting kepada Rafizi Ramli agar beliau lebih fokus bekerja ke arah membantu kerajaan PH,” katanya.

Semalam, Rafizi berkata tinjuan pasca pilihan raya oleh Invoke mendapati faktor GST dan kos sara hidup paling memberi kesan kepada pengundi berbanding ketaatan dan kesetiaan kepada Dr Mahathir, yang sekali lagi diberi kepercayaan selepas 22 tahun mentadbir negara.

Menurut Rafizi, prestasi buruk PPBM dan kemenangan besar PAS di Kedah menunjukkan perdana menteri itu bukan kunci kemenangan PH.

Di peringkat Parlimen, PH yang bertanding atas tiket PKR menang 10 kerusi, PAS 3 kerusi dan BN 2 kerusi. Rafizi berkata PPBM sekadar menang 3 kerusi. Di peringkat DUN pula, PAS mengekori PKR dengan 15 kerusi berbanding 18, manakala BN menang 3 kerusi.

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED