Translate

23 May 2018

PM Tun Mahathir First Cabinet Press Conference - SPAD and NCP Abolished, Ministers to take 10 Pay Cut,


Keputusan Post Cabinet Meeting:
1. Gaji Jemaah Menteri dipotong 10%
2. MPN (Majlis Professor Negara) dibubarkan. 
3. Kerajaan tidak berhasrat membeli semula Proton
4. Harga minyak kekal walaupun harga di pasaran naik. 
5. Peranan SPAD tidak diteruskan & dikembalikan semula kpd MOT (Ministry of Transport)
6. JPP, JKPP, JASA dimansuhkan. 
7. Semua lantikan yg tidak mematuhi SPA/JPA termasuk lantikan berunsur politik diberhentikan. 
Akan consider utk engage semula mereka yg diperlukan & mereka yg bergaji rendah spt pemandu. 

8. Caj GST akan dimansuhkan selewat2nya 1 Jun 2018








Gaji menteri dipotong 10%, bubar SPAD dan Jasa

FMT Reporters | May 23, 2018



Perdana menteri berkata, gaji menteri sebenarnya lebih rendah daripada sesetengah penjawat awam berpangkat tinggi.



Dr Mahathir mengadakan sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertamanya hari ini.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan gaji menteri dikurangkan 10% berkuat kuasa serta-merta, manakala Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dibubarkan.

“Gaji menteri sebenarnya lebih rendah daripada sesetengah penjawat awam berpangkat tinggi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertamanya hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, SPAD dan Jasa dibebarkan kerana ia dilihat berperanan menyokong kerajaan terdahulu.



“SPAD tidak akan dikekalkan, sebaliknya tugas ini kembali kepada Kementerian Pengangkutan. Jasa akan dibubarkan. Kami tidak perlukan kepakaran dari mereka, saya rasa kami sudah cukup pakar.”

Beliau berkata, Putrajaya juga akan membubarkan Majlis Profesor Negara (MPN).

“Untuk MPN, pada mulanya ia satu badan yang kita guna untuk dapatkan maklumat dari orang yang berpengetahuan tinggi, tetapi akhir-akhir ini, banyak unsur politik sehingga dipergunakan untuk menyokong kerajaan, sebab itu kita tidak mahu ulangi amalan tidak baik dahulu.”

Dr Mahathir berkata, tugas dan perkhidmatan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) turut dimansuhkan kerana mengandungi unsur politik.

“Kita dapati bayar gaji kepada JKKKP yang sebenarnya menjadi seolah-olah satu aset kerajaan, itu semua akan digugurkan.

“Kita ada pegawai kerajaan yang boleh jalankan tugas. Kita tidak akan ganti bayaran kepada JKKKP kerana kita tidak mahu amalkan politik seperti dahulu.”

Katanya, kerajaan akan memastikan penjawat awam bergaji rendah tidak terjejas dalam proses memberhentikan 17,000 kakitangan kontrak lantikan politik dalam usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Beliau berkata, kerajaan akan mengkaji semula janji kerajaan terdahulu untuk memberi Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi semua penjawat awam, berkuat kuasa 1 Julai ini.



Prime Minister Dr Mahathir Mohamad today said that the new government will look to cut down the country’s debt, which amounts to RM1 trillion, by aborting or reviewing some projects and cutting the salaries of Cabinet members.



Mahathir also said the national debt is 65% of the GDP. Ousted prime minister Najib Razak previously said that the debt was below his government’s self-imposed ceiling of 55% of GDP.

“I’ve been informed that our debt is actually RM1 trillion, but today we were able to study and look for ways to reduce this debt,” Mahathir said at a press conference.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from St petersburg viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Mayat lelaki reput ditemukan bersebelahan motosika' 3 hrs 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 4 hrs 15 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 4 hrs 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 4 hrs 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 4 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 4 hrs 37 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 4 hrs 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 5 hrs 1 min ago
A visitor from Bandung viewed 'Berikutan video samun dalam lif yang viral, polis ' 5 hrs 7 mins ago