Translate

27 May 2018

: Menteri Pertahanan Mohamad Sabu teruja apabila menaiki pesawat pengangkut tentera A400M ke Pulau Pinang




Mohamad Sabu teruja balik kampung naik pesawat tentera

Bernama | May 26, 2018



Beliau bersama isteri, Normah Alwi, Jeneral Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Jeneral Affendi Buang ke Pulau Pinang untuk berbuka puasa bersama warga tentera.



Gambar Facebook

PETALING JAYA: Menteri Pertahanan Mohamad Sabu teruja apabila menaiki pesawat pengangkut tentera A400M ke negeri kampung halamannya, Pulau Pinang.

Memetik laporan media tempatan, Mohamad berkata pengalaman menaiki pesawat tentera suatu pengalaman istimewa kerana sejak kecil dia selalu mendengar bunyi pesawat tentera berlepas dan mendarat kerana rumahnya terletak berhampiran pangkalan udara Butterworth.

“Saya tinggal tidak jauh dari sini. Bila datang sini, saya rasa bangga kerana dapat pulang ke kampung halaman. Saya pernah naik kapal terbang tentera sebelum ini, tapi hari ini naik kapal terbang yang baik. Mendarat pun tak goyang,” katanya.

Mohamad berlepas ke Pulau Pinang bersama isteri, Normah Alwi, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang untuk berbuka puasa bersama warga tentera di pangkalan udara itu.

Ini kunjungan sulungnya ke pangkalan udara Butterworth.

Mohamad berkata, beliau akan mengekalkan “cara Mat Sabu” di luar waktu bertugas terutama ketika bertemu masyarakat.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 28 secs ago
A visitor from Shah alam viewed 'Ringgit rises, Dollar slips on escalating trade di' 50 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'Ringgit rises, Dollar slips on escalating trade di' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anwar, keluarga ucap takziah atas pemergian senima' 4 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Bangladesh memasukkan semula perkataan 'kecuali Is' 7 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 32 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 33 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Latest Urban Megaprojects & What' 35 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'PM Anwar ucap selamat menyambut perayaan Ponggal k' 44 mins ago