Translate

29 October 2017

Pengurus Kandungan THR Gegar, Nadira Azizan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU)

Penyampai Radio Nadira Azizan Meninggal Dunia

Diterbitkan: Ahad, 29 Oktober 2017 9:26 AM
image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/10/29/09/31/nadira%20azizan.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
Nadira Azizan kini bertugas di Saluran THR. FOTO: Instagram Nadira.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pengurus Kandungan THR Gegar, Nadira Azizan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat denggi kira-kira pukul 7.10 pagi Ahad.
Berita itu disahkan oleh suaminya Hasrulrizal Hassan kepada mStar Online.
Nadira atau nama sebenarnya Khidirah Naimah Mohd Zain, 41, dimasukkan ke hospital berkenaan kira-kira pukul 3 pagi Isnin lalu selepas mengalami demam ketika berada di Kota Bharu, Kelantan sewaktu mengadakan promosi saluran radio itu.
Sebaik pulang ke Kuala Lumpur pada malam Ahad, dia terus dibawa oleh Hasrulrizal ke KPJ Kajang untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke HKL dan di tempatkan di wad ICU.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/10/29/nadira-meninggal/~/media/26703bec2ad342fda2c0a8b809276df6.ashx?la=en

Gambar kenangan Nadira bersama suaminya, Hasrul Rizal. Foto: Instagram Nadira
Nadira antara individu awal di Era FM dan sering menjadi penyampai radio ganti ketika juruhebah lain bercuti.
Pada tahun 2008 dia dipindahkan ke THR Gegar sebagai Eksekutif Muzik sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Kandungan untuk pendengar siaran radio Pantai Timur itu.
Nadira seorang penyampai radio yang disenangi ramai kerana sikap ramah dan tinggi budi bahasanya.
Menurut Hasrulrizal, jenazah dijadual akan disembahyangkan di masjid Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dekat sini dan dikebumikan tanah perkuburan Islam di situ.
Selain suami, Allahyarham meninggalkan lima orang anak.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/10/29/nadira-meninggal/#qhvJkvm33REmru05.99

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed '61,317 notis kesalahan sepanjang Ops Khas Hari Ray' 22 mins ago
A visitor from Florida viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from George town viewed 'Malaysian Police Launch Manhun For Followers of Tu' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kes HFMD di Kelantan meningkat 10 kali ganda, 68 w' 2 hrs 31 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed '1MDB tarik balik saman terhadap wanita Singapura d' 2 hrs 42 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Arab Saudi beri amaran terhadap saluran tidak rasm' 2 hrs 54 mins ago