Translate

13 November 2016

Video Mengejutkan - Misteri Histeria 'Cakar Harimau' di SK Pasoh 3, Berlarutan Sejak Ogos





Misteri Histeria 'Cakar Harimau' di SK Pasoh 3, Berlarutan Sejak Ogos




JEMPOL – Sekolah Kebangsaan (SK) Pasoh 3 di sini  diselubungi kejadian misteri apabila sebahagian murid tahun tiga, empat, lima dan enam diserang histeria pada jam 9.15 pagi hampir setiap hari sejak Ogos, lapor Utusan Online.

Lebih teruk, murid yang diserang gangguan itu menunjukkan perangai seperti harimau dengan mencakar-cakar dinding dan bergaduh sesama mereka setiap kali diserang histeria.

Situasi itu sekali gus menyebabkan kira-kira 24 guru dan 237 murid di sekolah berkenaan terpaksa berhadapan dengan detik yang menakutkan hampir setiap hari.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Pasoh 3, Yusof Mas Muda (gambar kecil) berkata, serangan histeria itu bermula dengan kejadian seorang murid perempuan mengadu sakit perut pada waktu rehat, 5 Ogos lalu.

“Murid itu kemudian diserang histeria. Situasi itu kemudian melarat kepada murid lain hampir setiap hari.

“Sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan murid akan diserang histeria hampir setiap hari.

Kosmo! difahamkan, sekumpulan wakil Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mengunjungi sekolah itu pagi semalam untuk melakukan siasatan berhubung peristiwa itu.

Sementara itu, wartawan Utusan Malaysia yang membuat tinjaun di sekolah itu hari ini melihat bagaimana murid terbabik bagaikan dirasuk bermula jam 11 pagi.

Salah seorang murid lelaki  tahun empat tiba-tiba muntah manakala salah seorang murid perempuan tahun lima yang tidak sedarkan diri berkelakuan seperti harimau.

Murid perempuan itu merangkak-rangkak di atas lantai dan mengaum seperti harimau sebelum melompat ke atas meja seolah-olah mahu menerkam mangsa.

Pihak sekolah turut menggunakan khidmat pengamal perubatan Islam bagi mengatasi masalah yang berlaku saban hari di sekolah itu sejak Ogos lalu.


Sumber: Kosmo!Utusan Online


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED