MUSIC PLAYER AT BOTTOM

OVER 130 TOP HITS AVAILABLE ON OUR MUSIC PLAYER AT THE BOTTOM. TO VIEW THE LIST - CLICK ON MENU ICON AT THE BOTTOM RIGHT ... PLAYER NOT AVAILABLE FOR MOBILE PHONE / TABLET USERS

TO GET UPDATES IN YOUR E-MAIL PLEASE SUBMIT YOUR EMAIL ADDRESS

Monday, 14 November 2016

Pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli selamat diijabkabulkan sebagai suami-isteri dengan sekali lafaz petang Jumaat (5 Video)


Amar Baharin & Amyra Rosli Akhirnya Bergelar Suami-Isteri

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2016 5:28
Mstar.com

Semoga Berbahagia Ammar dan Amyra























KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli selamat diijabkabulkan sebagai suami-isteri dengan sekali lafaz kira-kira pukul 5.15 petang Jumaat.


Majlis pernikahan diadakan di Hotel Premiera, di sini dengan dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri keluarga kedua-dua pihak dan rakan terdekat pasangan berkenaan.

Mereka dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Rosli Awang disaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim.

Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 31, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,111 kepada Amyra manakala wang hantaran pula RM50,000.

Pengantin perempuan turut menerima lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang kepada pihak lelaki.

Pasangan mempelai menggayakan busana berwarna putih rekaan Rizman Ruzaini.

Resepsi persandingan pasangan pengantin akan berlangsung pada malam Sabtu di lokasi yang sama.

Manakala majlis di pihak pengantin lelaki akan diadakan di Bright Star Banquet Hall, Ampang dekat sini pada 19 November ini.

Amar dan Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati, 25, mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup pada 22 Julai lalu.

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2016/11/11/amar-amyra-nikah/










No comments:

Post a Comment

PLEASE LEAVE A COMMENT TO WIN A PRIZE EVERY FORTNIGHT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TWITTER POSTS

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Popular Posts - All Time

STORY SOURCE

The best stories & news from The Star Online, NST, Malaysian Digest, Asiaone, Beautifulnara, Rotikaya, Ohbulan, TheMalayMailOnline, Siakap Keli, Malaysian Insider, Free Malaysia Today and Yahoo are shared in this BLOG bestfbkl.blogspot.com

This Blog claims no credit for any images or stories on this site unless otherwise posted.

Post and Images on this blog are copyright to its respectful owners.

If there is a post or image appearing on this blog that belongs to you and do not wish for it to appear on this site, please email with a link to the said image, it will be promptly removed.

Google+ Followers