Translate

21 March 2016

Seorang guru yang mengadu sakit kepala dan berhenti berucap di dalam perhimpunan di Sekolah dilaporkan telah rebah dan meninggal dunia

Guru Rebah Meninggal Dunia Selepas Berucap Di Perhimpunan


BANDAR BAHARU: Seorang guru yang mengadu sakit kepala dan berhenti berucap di dalam perhimpunan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubuk Buntar, dilaporkan telah rebah dan meninggal dunia, lapor Sinar Harian.

Guru tersebut, Suzana Ishak, 48, telah berucapa di hadapan murid-murid ketika perhimpunan sebelum menyerakan pembesar suara kepada guru lain kerana sakit kepala.

Pengetua SMK Lubuk Buntar, Azaman Abdul Rahman berkata, hari ini guru berkenaan datang awal ke sekolah dan memaklumkan dia bertugas pada minggu ini untuk memberi ucapan permulaan pada perhimpunan.

"Pada jam 7 pagi, arwah sudah sampai ke sekolah dan sempat memberitahu bahawa dia bertugas minggu ini.

“Arwah juga sempat meminta semua pengawas perpustakaan supaya tunggu selepas selesai perhimpunan hari ini dalam ucapannya itu,” katanya. - Siakapkeli.my
Cikgu Suzana dua dari kiri

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED