Translate

22 March 2016

Agnes Monica telah mengikat tali pertunangan dan kekasihnya yang juga merupakan serang atlit pasukan bola keranjang, Wijaya Saputra?

Agnes Monica Bertunang Dengan Pemain Bola Ker

..
Sejak dua hari lalu berlegar gosip mengatakan penyanyi terkenal kelahiran Indonesia, Agnes Monica telah mengikat tali pertunangan dan kekasihnya yang juga merupakan serang atlit pasukan bola keranjang, Wijaya Saputra.
Gosip tersebut timbul ekoran pelantun lagu Coke Bottle ini berkongsi sekeping foto menerusi laman sosial Instagram. Apa yang menjadikan tumpuan kerana Agnes memakai sebentuk cincin pada jari manisnya.
Sementara Wijaya menerusi Instagram miliknya juga memuat naik sekeping gambar dan kebetulan Wijaya yang juga memakai cincin yang kelihatan seakan serupa seperti yang dipakai Agnes.
..
Gambar-gambar tersebut mendapat banyak komen dan rata-rata ramai mengucapkan tahniah dan mendoakan agar pasangan ini segera melangsungkan perkahwinan.
"Love u both.. Moga cepat nikah yah," kata salah seorang pengikut.
Terdahulu, sekitar Ogos lalu, laporan media Indonesia menyebut, Agnes diajukan mengenai khabar dia dikatakan dalam diam-diam sudah bertunang. Namun penyanyi berusia 30 tahun ini menafikan perkara tersebut,
"No, i'm not engaged," (Tidak, saya tidak bertunang)", katanya pada ketika itu.

Malaysian Digest

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED