Translate

13 June 2015

Video Gadis Kecil Terkena 'Tamparan' Tentera Selepas Beri Bunga Kepada Ratu Jadi Viral

VIDEO: Gadis Kecil Terkena 'Tamparan' Tentera Selepas Beri Bunga Kepada Ratu Jadi Viral





Seorang gadis kecil yang berasa teruja mendapat saat indah dalam hidupnya apabila dapat memberi bunga kepada ratu Elizabeth nampaknya bertukar menjadi sesuatu yang menyakitkan.

Ini kerana semasa hendak memberikan bunga kepada ratu, Maisie Gregory,6, telah berdiri disebelah seorang askar pengiring, selepas diberikan bunga tentera di sebelahnya itu telah mengangkat tabik hotmat kepada ratu.

Kerana angkat tabik hormat itu tentera secara tidak tersengaja tangannya telah terkena kepala Maisie menyebabkan dia menangis dan terus pergi ke arah ibunya.

Maisie telah dipilih untuk menghadiahkan sejambak bunga kepada Ratu Elizabeth ketika ratu mengadakan kunjungan ke Cardiff untuk satu majlis anjuran Regimen Askar Diraja Cardiff.

Kalau diperhatikan berdasarkan video yang disertakan ternyata 'tamparan' itu agak kuat menyebabkan topi yang dipakai gadis comel itu tercabut.
Bagaimanapun selepas ratu Elizabeth beredar askar tersebut terus pergi mendapatkan Maiseie dan ibunya, Joanna untuk meminta maaf dengan kejadian yang tidak disengajakan itu.

Maisie merupakan anak kepada ketua askar pengiring yang berkawad dari Istana Cardiff ke Millenium Stadium, sempena menyambut kedatangan Ratu Elizabeth ke acara tersebut. -Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED