Translate

02 June 2015

Tabung Haji mengekalkan harga sama seperti tahun lalu iaitu RM9,980 dengan menambahkan subsidi tanggungan kos haji.

Harga Terbaru Kos Tunai Haji Dibawah Kelolaan Tabung Haji



Harga terkini kos tunaikan Haji 2015 di Mekah pada tahun ini nampaknya telah mengalami kenaikan iaitu RM17,270 seorang daripada tahun lepas iaitu RM16,115.

Bagaimanapun pihak Tabung Haji telah mengekalkan harga sama seperti tahun-tahun lalu iaitu RM9,980 dengan menambahkan subsidi tanggungan kos haji.

Tabung Haji menaikkan subsidi tanggungan kos kepada RM7,290 seorang dari RM6,135 dengan kenaikan subsidi sebanyak RM1155.

Bagaimanapun, tanggungan subsidi kali ini hanya diberikan kepada jemaah yang pertama kali menunaikan haji dan secara Muassasah sahaja.


Bagi mereka yang menunaikan haji untuk kali kedua dan seterusnya perlulah membayar penuh harga RM17,270.

Walaupun terdapat peningkatan kos, kerajaan mengambil langkah untuk tidak menaikan harga bagi memberi peluang untuk jemaah kali pertama dan juga membolehkan mereka yang menunaikan haji kali pertama tidak merasa terbeban. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED