Translate

04 June 2015

Setelah menerima tentangan orang ramai Majlis Daerah Tanjung Malim terpaksa membatalkan 'Kempen 1 Anjing 10 Ringgit"



Setelah menerima tentangan orang ramai dan kelab pencinta haiwan, Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) nampaknya terpaksa membatalkan 'Kempen 1 Anjing 10 Ringgit" yang dilancarkan mereka baru-baru ini.

Dalam kempen itu pihak MDTM berkata ia adalah salah satu cara untuk mengurangkan masalah anjing liar yang berkeliaran di daerah itu.


Melalui kempen tersebut yang dijaualkan berjalan pada 3 hingga 12 Jun, orang ramai akan diberi ganjaran sebanyak RM10 apabila mereka menyerahkan seekor anjing kepada Pejabat Daerah Tanjong Malim di Behrang, Perak.

MDTM telah memuatnaik sekeping gambar untuk kempen tersebut dan ia telah menimbulkan kemarahan segelintir pengguna internet kerana menganggap tindakan tersebut tidak berkeperimanusiaan.

Bagaimanpun ramai pengguna sebenarnya bersetuju dengan kempen tersebut kerana mereka menganggap itu adalah cara terbaik untuk mengelakkan masalah anjing liar yang sudah lama menjadi masalah di kawasan Tanjung Malim dan Slim River.

Seorang pegguna Facebook menggunakan nama Mencari Keberkatan, dia menyokong kempen ini kerana anjing liar begitu banyak di kawasan Tanjung Malim dan sehingga ada yang berkeliaran di padang bola sekolah.

Sementara itu Veronica Ooi, dia menetang keras kempen tersebut kerana selepas anjing itu diserahkan kepada MDTM aning tersebut akan didera, dilayan kasar, ditembak mati, dibiar kebuluran, ditanam hidup hidupan dan dibelasah.

Shima Eizma pula menyifatkan kempen ini tidak kena caranya kerana dengan kempen ini apabila diwar-warkan ia sudah tentu akan menjadi buah mulut dikalangan pencinta haiwan. -Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED