Translate

18 June 2015

Polis menahan 3 pengawal pusat hiburan (bouncer) bagi membantu siasatan kes pembunuhan pelajar warga Arab Saudi

TIGA PENGAWAL PUSAT HIBURAN DITAHAN: Polis menahan tiga pengawal pusat hiburan (bouncer) bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan pelajar warga Arab Saudi yang ditemui dalam keretanya berhampiran pusat hiburan dekat Jalan Dang Wangi, kelmarin.
Lelaki berusia 26 hingga 36 tahun itu ditahan di sebuah pusat hiburan selepas polis menemui mayat mangsa.
Mangsa yang berada di bawah pengaruh alkohol, dihalau oleh bouncer pusat hiburan itu kerana dikatakan mengganggu beberapa pengunjung. Dia kemudian bergaduh dengan rakannya di luar pusat hiburan itu sebelum dibelasah oleh beberapa individu, dipercayai pengunjung premis terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber: Berita Harian

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED