Translate

04 June 2015

Gambar beberapa anggota polis bantuan yang lengkap beruniform menjadi viral di laman media sosial

Aksi Polis Bantuan Merokok Di Zon Larangan Curi Perhatian

KUALA LUMPUR : Gambar beberapa anggota keselamatan dipercayai polis bantuan yang lengkap beruniform menjadi viral di laman media sosial akibat tindakan mereka merokok di kawasan larangan.
Ia telah dimuat turun di akaun Facebook ‘Malaysia Velai Seivor Sangam’ yang menerima lebih 2,653 ‘like’ dan 1,029 perkongsian.
Gambar itu menjadi isu dan mendapat pelbagai komen dan kritikan pengguna laman sosial kerana aksi anggota berkenaan menunjukkan sikap tidak profesional dan menjatuhkan maruah sebagai anggota pasukan keselamatan.
“Soalnya bukan nak suruh jadi sempurna tetapi ini soal penguatkuasa undang-undang beruniform melanggar undang-undang,” kata salah seorang pengguna.
Begitu juga komen seorang lagi pengguna Facebook berkata: “Mana ada undang-undang untuk PDRM, kat mana saja dan bila-bila masa.
“Sekurang-kurangnya janganlah merokok waktu pakai uniform.”
Setakat ini tidak dinyatakan dimana lokasi terjadinya insiden berkenaan.

MALAYSIAN DIGEST

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED