Tayar Pesawat MAS MH197 Pecah Ketika Mendarat
KUALA LUMPUR 2 Jun - Pesawat MAS penerbangan MH197 dari Kuala Lumpur ke Mumbai mencetus perasaan cemas penumpang dan kru kapal apabila tiga tayar pesawat tersebut pecah ketika mendarat di lapangan terbang Mumbai, malam Ahad lepas.
Memetik laporan dari Utusan Malaysia, kesemua 193 penumpang dan kru kapal selamat.
Menurut pegawai kanan lapangan terbang Mumbai, tiga tayar di sebelah belakang dan kanan pesawat pecah ketika mendarat tetapi juruterbang dapat mengawal keadaan.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dari pihak MAS berkenaan kejadian tersebut. -Siakapkeli.my