Kahwin 2, Bade Nafi Curangi Erma Fatima
- Details
- Published on Monday, 02 June 2014 08:16
Minggu lalu peminat hiburan tempatan dikhabarkan dengan berita sutradara tersohor Badaruddin Haji Azmi atau lebih dikenali sebagai Bade telah berkahwin dua.
Bercakap kepada Kosmo!, Bade mengakui yang beliau telah berkahwin dengan seorang wanita yang merupakan orang yang terlibat dalam pembikinan produksi filemnya.
Wanita yang dikenali sebagai Aida Abdul, berusia awal 30-an telah dinikahi Bade di sebuah hotel di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu.
Bagaimanapun kata Bade, isteri pertamanya, Erma masih belum berpeluang untuk menemui isteri keduanya itu berikutan kesibukan Erma yang kini berada di Sepanyol untuk menjalani sebuah penggambaran.
"Ya, saya mengakui bahawa telah berkahwin buat kali kedua pada April lalu dan saya sangat bersyukur segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah saya dan dia (Aida Abdul) selamat diijabkabulkan dua bulan lalu dan majlis resepsi diadakan pada 27 Mei lalu di Cherating.
Tambah pengarah filem Sindiket ini lagi, sebelum ini isteri pertamanya iaiatu pengara dan penerbit tersohor Erma Fatima tidak ada masalah malah Erma sendiri memberi kebenaran untuknya berkahwin buat kali kedua. Namun demikian, Erma dan isteri keduanya masih belum berkesempatan untuk berjumpa.
"Mungkin sudah tertulis dia sememangnya jodoh saya. Ingin saya tekankan di sini saya baru sahaja mengenalinya dan tidak ada perkataan curang dengan Erma.
"Saya tidak mahu kecoh dalam hal ini. Kalau ada orang tanya, saya akan menjawab dan saya akan mengakui bahawa saya telah berkahwin lagi. Saya tidak ada sebarang perkara yang hendak disembunyikan", katanya yang turut memberitahu hubungannya dengan Erma juga baik-baik saja.
sumber : Kosmo!