Translate

12 June 2014

Pelakon Izreen Azminda dan suaminya Muhammad Riza Baharuddin sah bercerai talak satu di hadapan hakim

Izreen Azminda Sah Cerai Talak Satu

Pelakon Izreen Azminda dan suaminya Muhammad Riza Baharuddin sah bercerai talak satu di hadapan hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Selasa.

Menurut pelakon Juvana itu, dia dan suaminya bercerai secara baik dan dia tidak membuat sebarang tuntutan terhadap suaminya, Muhammad Riza.

“Kami bercerai atas persetujuan bersama dan masih berkawan baik demi anak kami. Walaupun saya mendapat hak penjagaan anak sepenuhnya tetapi Riza bebas untuk berjumpa Adrian pada bila-bila masa,” ujar Izreen seperti yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo.


Kisah perceraian pasangan ini mengundang bualan hangat apabila Izreen didakwa telah diceraikan oleh suaminya di set penggambaran sebuah drama di Pulau Pinang pada Mei lalu.

Pasangan ini telah pada 30 Ogos 2012 bertempat di Country Golf Resort, Jitra Kedah dengan wang hantaran RM19,001. Hasil perkahwinan ini mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Adrian Umar berumur 10 bulan.






Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED