Translate

12 June 2014

Pelakon Abby Abadi sah bercerai talak satu dengan Muhammad Noor Farhan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sebentar tadi

Lafaz Cerai SMS Farhan Terhadap Abby Abadi Sah!

Pelakon drama bersiri 'Gerak Khas', Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abd Manan, 37, sah bercerai talak satu dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sebentar tadi.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin yang mendengar kes tersebut memutuskan lafaz cerai yang dilakukan oleh Farhan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Abby pada 9 Mei 2014, jam 10.25 pagi yang berbunyi "aku ceraikan kau" adalah sah dan lafaz tersebut memenuhi Seksyen 57, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Abby Abadi dan Farhan


Bagaimanapun sebelum SMS tersebut dihantar pada bulan Mei, Farhan pernah memaklumkan kepada temannya sekitar bulan Januari menerusi SMS bahawa dia sudah "tiada apa-apa lagi" dengan Abby. Namun begitu, mahkamah memutuskan SMS tersebut adalah tidak sah dan tidak sabit jatuh talak kerana ianya tidak memenuhi rukun dan syarat talak mengikut hukum syarak.

Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lepas di Selatan Thai dan telah disahkan di Kelantan. Abby sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED