Translate

11 February 2014

Zara Zya Akui Tumpang Tuah 'Love You Mr. Arrogant', No.1 Trending Worldwide @ Twitter!,


Kredit foto Selebriti Online.Kredit foto Selebriti Online.
Hanya dengan lakonannya untuk drama bersiri Love You Mr. Arrogant, dalam beberapa bulan saja dia sudah punya ramai peminat. Dengan adanya peminat-peminat yang dikenali sebagai LoveZaraZyaFC itu jugalah Zara Zya menang besar. Dia menang kategori Artis Baru Meletop dan juga anugerah terbesar Top Top Meletop, pada malam Anugerah Meletop Era (AME) yang berlangsung di Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Malah pelakon bertubuh genit ini sudah boleh berbangga dengan dirinya sendiri kerana pada malam kemenangannya itu, namanya terusditangga no.1 trending worldwide di laman sosial Twitter.
Langsung tidak menyangka yang dia akan menjadi begitu popular dalam masa yang singkat, pelakon berusia 29 tahun ini mengakui selain kerana sokongan para peminat, dia sebenar menumpang impak fenomena drama yang memperkenalkannya itu.
Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
"Saya tak sangka menang. Dan tak sangka rupanya ramai yan kenal saya terutama bila malam ni ramai yang jerit-jerit nama saya. Saya bersyukur, rasa terkejut, gembira dan teruja.
"Saya akui saya sebenar saya menumpang tuah drama Love You Mr. Arrogant. Dengan drama itulah, orang mula kenal saya. Sekarang ini pun tawaran lakonan saya semakin banyak. Cuma saya saja yang tak mampu nak ambil semua tawaran", katanya ketika ditemui pada sidang media sejurus usai acara anugerah tersebut.
Begitupun Zara turut meluahkan rasa bimbang kalau popularnya hanya seketika atau dalam erti kata lain, dia artis bermusim. Bahkan dia cukup takut dengan 'badi' - tawaran akan berkurang seperti nasib yang terjadi pada beberapa artis selepas memenangi anugerah-anugerah besar gara-gara dikatakan semakin demand.
"Saya takut juga kalau saya ni hanya artis bermusim. Takut juga kalau lepas ni orang akan ingat bayaran dah tinggi dan lepas tu tawaran berkurang. Tapi pada saya soal demand tak timbul. Selepas ini bayaran saya tetap seperti dulu dan berbaloi dengan tuntutan lakonan saya. Saya juga akan pertikatkan lakonan saya lagi selepas ini.
Dalam masa sama Zara mengesahkan dia belum mempunya teman lelaki bahkan tidak mahu memikirkan soal cinta buat masa ini kerana mahu fokus pada kerjayanya yang semakin memuncak.
Dalam perkembangan lain, Zara bakal muncul dalam drama komedi Mencari Datin yang akan ditayangkan di TV9 tidak lama lagi. Selain itu, pada Mac depan, dia bakal sibuk dilokasi penggambaran drama bersiriDelina terbitan FilmScape.
- mD




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED