Klip Video Facebook Suara Sabah: 1 lelaki Sabahan ditahan semasa kejadian di AEON Klang
KLANG, 5 Februari - Seorang lelaki Sabahan berusia 21 tahun ditahan polis dipercayai terlibat dengan jenayah pecah kenderaan di Bukit Tinggi, Klang.
Kejadian berlaku pada 2 Februari lalu sekitar jam 3.00 petang di mana suspek yang ditahan dipercayai cuba mengambil sesuatu dari dalam kenderaan yang diletakkan berhampiran pusat beli belah di Bukit Tinggi, Klang dengan dibantu oleh seorang lagi rakan suspek.
Orang ramai yang menyedari perbuatan tersebut telah bertindak menahan kedua-dua suspek namun salah seorang suspek berjaya meloloskan diri. Semasa ditahan suspek memiliki sebuah beg sandang yang berisi sejumlah wang tunai dipercayai milik anak pengadu yang turut berada semasa kejadian. Suspek juga turut dipukul oleh beberapa orang yang berada di tempat kejadian.
Suspek kemudiannya ditahan oleh pihak polis yang tiba di tempat kejadian sejurus menerima maklumat.
Ketua Polis Daerah Klang, ACP Kamarul Zaman b. Mamat mengesahkan kejadian dan penahanan lelaki tersebut dan suspek kini direman selama tiga hari sehingga 5 Februari untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
CLICK ON PIC TO GO TO VIDEO