Translate

03 February 2014

RAIN BERAKSI DI KONSERT TWIN TOWER SEMPENA F1 @ LIVE 14 MAC

RAIN Kembali! Beraksi di Konsert Twin Tower @live'14 Mac Ini

..
Disaat para peminat F1 seluruh dunia bersedih dengan berita nasib yan menimpa pelumba lagenda profesional, Micheal Shcumcher akibat kemalangan yang dialami beliau baru-baru ini, peminat F1 serta peminat muzik di Malaysia pula dikejutkan dengan berita gembira.
Konsert tahunan sempena perlumbaan Grand Prix Formula 1 (F1) tahun ini menampilkan bintang terhangat Korea, RAIN (@ dikenali juga sebagai Bi Rain), yang bakal membuat persembahan di konsert Twin Tower @live 2014.
RAIN dijadualkan membuat persembahan pada 29 Mac 2014 iaitu hari kedua (malam terakhir) konsert. Sebelum ini antara bintang Kpop yang pernah menghangatkan konsert Twin Tower @live 2014 seperti Girls’ Generation, 2NE1, Wonder Girls dan U-KISS.
Tidak ketinggalan, barisan artis antarabangsa seperti Hoobastank, Orianthi, Kelis, Demi Lovato dan Backstreet Boys juga pernah beraksi di konsert tersebut. Tapi tahu n ni giliran artis antarabangsa yang mana pula? Sama-sama kita nantikan.
Apapun, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan persembahan RAIN yang boleh dikatakan sebagai persembahan comeback beliau di Malaysia selepas sekembalinya dari latihan khidmat negara, pada Julai tahun lalu.
Sebelum ini penyanyi yang kini hits dengan lagu 30 Sexy dan La Song ini sebelum ini pernah membuat persembahan untuk acara post-party F1 kira-kira dua tahun lalu (iaitu beberapa bulan sebelum dia memulakan latihan khidmat negara) di Helipad, Sepang.
RAIN atau nama sebenarnya Jung Ji- Hoon, merupakan artis Hallyu yang bukan saja dikenali di negaranya malah diperingkat antarabangsa. Melangkah kaki ke dalam industri muzik dengan album pertama "Guy Bad" , gerak tari lincah dan membaranya sekaligus beliau pantas memenangi hati para peminat
Populariti RAIN terus menyerlah apabila beliau membintangi drama feomena terbitan KBS 'Full House'. Sejak itu, bintang prolifik ini muncul dengan album studio serta empat siri televisyen dan menakluk Hollywood dengan dua filem.
..
Twin Tower @Live 2014 adalah konsert PERCUMA dan terbuka kepada orang ramai. Konsert ini dianjurkan oleh Live At Work Sdn Bhd. Maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/TwinTowersAlive?fref=tsatau https://twitter.com/TT_Alive atau http://instagram.com/TwinTowersAlive.

- mD

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED