Translate

28 February 2014

Pelakon Lisdawati Nazaruddin enggan dan serik memberikan kenyataan secara bertulis kepada media

Serik beri komen bertulis

Kuala Lumpur: Pelakon Lisdawati Nazaruddin enggan dan serik memberikan kenyataan secara bertulis kepada media susulan konflik pergaduhannya dengan Sharnaaz Ahmad yang kecoh diperkatakan kebelakangan ini. Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin, 36, berkata, keputusan itu diambil bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau salah faham berterusan mengenai kenyataannya kepada media cetak pada masa akan datang.
Saya memang nak selesaikan terus kes ini, nak tutup hari ini (semalam) juga sebab esok (hari ini) saya sudah nak pergi umrah.


Minta maaf, saya tak nak bagi apa-apa komen untuk ditulis lagi, tetapi saya balas (jawab komen Sharnaaz) melalui visual (video) saja,” katanya ketika dihubungi, petang semalam.
Konflik itu dipercayai berpunca daripada tindakan Sharnaaz yang didakwa menengking Lisdawati di lokasi penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta pada malam 19 Februari lalu.
Akibatnya, Lisdawati yang hamil lima bulan mengalami tekanan darah tinggi dan menjejaskan kestabilan kandungannya kerana trauma.
Tidak berakhir di situ, Sharnaaz juga didakwa cuba menyerang Lisdawati di lokasi drama sama pada malam 21 Februari dipercayai kerana dia berang dengan komunikasinya bersama Fauzi menerusi iPhone Message pada sebelah siang, hari yang sama.
Susulan itu, Lisdawati dan suaminya, pelakon Fauzi Nawawi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Lisdawati berkata, dia tetap meneruskan komitmen sebagai pelakon dengan meneruskan baki penggambaran walaupun terganggu dengan insiden yang berlaku.
Saya profesional dan bertanggungjawab atas kerja saya. Selepas dia tengking pada malam (19 Februari) saya sambung menyudahkan penggambaran sehingga selesai.
Memang saya terkejut dan tergamam, tapi saya kawal emosi dan perkara itu boleh dilihat dengan jelas pelakon lain termasuk abang Jalal (Datuk Jalaluddin Hassan) yang ada dalam babak itu.
Tak ada sebab saya perlu beremosi atau tinggalkan set sebab saya perlu selesaikan komitmen walaupun benda itu berlaku,” katanya.
Lisdawati turut mengesahkan penggambaran drama arahan Jamal Khan itu tidak terjejas susulan insiden itu.
Kebetulan ketika insiden berlaku (ditengking) adalah babak terakhir membabitkan kami (dengan Sharnaaz) dan kami selesaikan secara profesional.
Penggambaran pun selesai kelmarin dan semuanya okey saja selepas itu,” katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN Umum Ustaz Mohamad Calon PRK Ayer Kuning | BEST' 25 secs ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 2 hrs 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis mohon bantuan kesan lelaki hilang sejak 5 Ap' 3 hrs 38 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Siasatan dedah jutaan ringgit masuk akaun peribadi' 4 hrs 14 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 4 hrs 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Impian kanak-kanak penghidap kanser darah jadi ask' 4 hrs 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 5 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 5 hrs 43 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 5 hrs 48 mins ago