Translate

01 February 2014

Kerana Sebuah Ketuhar, Celina Khor Mula Minat Memasak

Gara-gara Ketuhar, Celina Khor Mula Minat Memasak

Kredit foto Faisol MustafaKredit foto Faisol Mustafa
Naib Juara MasterChef All Stars, Celina Khor tidak menyangka yang dia mempunyai kebolehan memasakan meskipun minatnya menyediakan sendiri pelbagai jenis masakan mula timbul sejak dua tahun lalu. Semuanya gara-gara sebuah ketuhar yang baru dibelinya.
 "Minat memasak ni mula timbul bermula kerana sebuah ketuhar. Dah lama saya tak guna ketuhar itu hinggalah satu hari tu saya terfikir nak buat kek. Jadi saya pun cuba lah buat. Entah macama mana dari hari tu saya mula suka memasak", dedah bekas pengacara program 3R ini ketika ditemui pada malam preview final MasterChef All Stars yang bertemakan 'Pembalasan Terakhir', di Signature 1st Avenue, malam kelmarin.
Dalam episod 'Pembalasan Terakhir' itu Celina tewas kepada peserta termuda, Zamir, 21, yang dinobatkan sebagai juara sekaligus melayakan penuntut Diploma Seni Kulinari Taylor Kolej itu menyumbang sebanyak RM55,000 kepada rumah kebajikan Teduhan Kasih.
..
Tambah Celina, peluang menyertai program tersebut memberi pengalam baru dan sangat bermakna pada dirinya. Walaupun sudah dua kali menduduki tempat naib juara, namun dia puas kerana sepanjang proram tersebut segala yang dirancan dapat dilakukan dengan baik.
"Saya tak kisah walau di tempat kedua. Zamir layak. Lagipun dia punya asas dan pengalaman lebih dari saya dalam dunia masakan kerana dia seorang penuntut dalam bidan tersebut.
"Sepanjang prggram ni, selain pengalaman saya juga dapat mengasah skill masakan saya apabila diberikan tugas menyediakan pelbagai masakan setiap minggu. Apa yang saya rancangan nak buat pada setiap mingu semuanya dapat saya laksanakan", katanya.
Tunggu Pinangan
Mengenai perancangan seterusnya, Celina berhasrat mahu membuka sebuah restoran berkonsepkan makanan fusion tapi bahan-bahan masakan menunya ala Asia.
"Saya merancang nak buka restoran dalam tahun ini. Berkonsepkan 'Fusion' tapi bahan-bahan masakan setipa menu berasas bahan masakan dari Asia. Kalau tidak ada penggambaran lain, saya sendiri akan memasak untuk pelanggan-pelanggan saya di restoran nanti", katanya.
Memandang Celina sudah pandai memasak, lantas diusik pihak media yang bertanyakan bila pula dia mahu mendirikan rumah tangga. Sambil tersenyum Celina berkata,
"Kahwin? Sekarang ni saya tengah tunggu orang masuk meminang lah ni", ujarnya.

- mD


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED