Translate

26 February 2014

Juliana Evans Kemalangan di Michigan, USA

Juliana Evan Kemalangan di Michigan, Kereta Remuk

..
Menerusi laman Instagram, pelakon Juliana Evans yang kini sedang menyambung pelajaran di Universiti Michigan, Amerika Syarikat mengkhabarkan dirinya mengalami kemalangan.
Beliau juga memuat naik beberapa keping foto menunjukkan keadaan keretanya yang remuk di bahagian hadapan dan belakang. Kemalangan tersebut berlaku pada 22 Februari lalu.
Kejadian dipercayai berlaku apabila seorang lelaki yang berada dalam keadaan mabuk melanggar lampu merah dan merempuh kereta dipandu Juliana.
Dalam masa yang sama, Juliana seperti berang apabila terdapat seorang pengikutnya di laman sosial tersebut melabel dirinya sebagai wanita yang tidak memandu dengan berhemah.
Namun, Juliana bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan parah kecuali berlaku sedikit pendarahan di telinga akibat terkena beg udara dan beberapa kesan lebam di badan.
Difahamkan lelaki yang melanggarnya telah ditangkap dan Juliana turut berhasrat untuk menyaman individu yang tidak bertanggungjawab itu.
..
..
..

- mD


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Antalya viewed 'Police have arrested another two suspects in conne' 3 hrs 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN Umum Ustaz Mohamad Calon PRK Ayer Kuning | BEST' 3 hrs 16 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 37 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 6 hrs 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis mohon bantuan kesan lelaki hilang sejak 5 Ap' 6 hrs 54 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Siasatan dedah jutaan ringgit masuk akaun peribadi' 7 hrs 31 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 7 hrs 33 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Impian kanak-kanak penghidap kanser darah jadi ask' 7 hrs 46 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 8 hrs 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 8 hrs 59 mins ago