Bukti Sudah Berbaik, Ashraf Muatnaik Foto Bersama Kedua Isterinya
- Details
- Published on Thursday, 06 February 2014 08:45
Pada pertemuan antara pihak media dengan Ashraf Muslim pada sekitar bulan Ramadan tahun lalu, pelakon juga pengamal perubatan Islam ni memberitahu yang kedua-kedua isterinya masih dalam proses menerima antara satu sama lain.
Bagaimanapun perkembangan terbaru, nampaknya Ashraf sudah boleh menarik nafas lega kerana isteri pertamanya Nordiana dan isteri kedua, Wan Sakinah (yang kini sedang hamil) benar-benar sudah berbaik.
Awal petang semalam, Ashraf Muslim menerusi akaun Facebook miliknya telah memuatnaik beberapa keping gambar menunjukkan kehadiran kedua dua isterinya itu ke lapangan terbang untuk menghantar dirinya yang bakal menunaikan umrah.
Lantas gambar tersebut cukup menarik perhatian para peminat sekaligus ia satu berita gembira. Rata rata peminat yang meninggalkan komen berkata mereka lega dengan perkembangan positif rumahtangga Ashraf Muslim selain memuji kedua dua isterinya yang tidak menimbulkan drama walaupun berkongsi kasih sayang suami.
“Saya akan bertolak ke Tanah Suci sebentar lagi. Syukur bila mendapat sokongan dari kedua-dua isteriku yg kusayangi. Saya sayang kamu berdua. Doakan kita semua bahagia dan juga keluarga kita menjadi bertambah erat. Allah akan sentiasa bersama kita,” tulis Ashraf Muslim.
MD