Translate

07 March 2025

Sekatan eksport cip AI AS boleh buka peluang Malaysia perkukuh teknologi tempatan - MITI



Sekatan eksport cip AI AS boleh buka peluang Malaysia perkukuh teknologi tempatan - MITI

Bernama

06/03/2025


MITI berkata langkah itu yang selari dengan aspirasi NIMP 2023 akan dapat mendorong inovasi tempatan, mempercepat pembangunan ekosistem AI Generatif, serta memperkukuh usaha mencapai sasaran 3,000 kilang pintar menjelang 2030. - BERNAMA


KUALA LUMPUR: Malaysia berpeluang untuk menggalak serta memperkukuh keupayaan tempatan dalam pembangunan teknologi sekiranya Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan eksport cip kecerdasan buatannya (AI).

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata langkah itu yang selari dengan aspirasi Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia (NIMP) 2023 akan dapat mendorong inovasi tempatan, mempercepat pembangunan ekosistem AI Generatif, serta memperkukuh usaha mencapai sasaran 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

Menurut kementerian itu, cip AI juga merupakan komponen penting yang diperlukan untuk operasi pusat data AI dan rantau awan yang kini sedang dibangunkan oleh Amazon, Google, Microsoft dan Oracle di Malaysia.

"Namun, operasi pusat data lain yang memberi perkhidmatan transaksi, e-dagang, media dan penyimpanan data dijangka tidak terjejas oleh sekatan ini.

"Malaysia dilihat akan menghadapi cabaran dalam pembangunan pusat data AI tetapi tidak menjejaskan keseluruhan ekosistem perniagaan pusat data," kata MITI menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Dewan Negara hari ini.

Kementerian itu berkata demikian sebagai menjawab soalan Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong yang meminta MITI menyatakan pandangan kerajaan berhubung sekatan akses penuh cip AI oleh AS dan sejauh mana sekatan ini memberi implikasi terhadap sektor semikonduktor dan pusat data yang sedang giat dibangunkan di Malaysia.

MITI berkata dalam menangani cabaran itu, kerajaan boleh memanfaatkan platform kerjasama dua hala yang telah dibangunkan sebelum ini, termasuk Memorandum Kerjasama dengan AS mengenai Ketahanan Rantaian Bekalan Semikonduktor yang ditandatangani pada 2022.

"Kerjasama itu membolehkan dialog dan pertukaran maklumat mengenai faktor yang boleh menjejaskan rantaian bekalan serta langkah-langkah mencegah gangguan bekalan semikonduktor.

"Oleh itu, Malaysia boleh menggunakan platform ini untuk membincangkan sekatan eksport cip AI secara rasmi dengan kerajaan AS bagi memastikan kepentingan industri teknologi dan pusat data di Malaysia terus terpelihara," katanya.

Menurut MITI, kerajaan juga akan meneroka kerjasama dengan negara lain yang mempunyai kebolehan untuk menghasilkan cip AI bagi kegunaan pelbagai industri di Malaysia dan seterusnya mengurangkan kebergantungan teknologi cip AI dari AS.

Selain itu, kerajaan akan bertindak secara sewajarnya selaras Strategi Semikonduktor Nasional bagi memastikan industri yang bergantung kepada teknologi AI termaju itu tidak terjejas atau diminimumkan impaknya dalam ekosistem sektor elektrik dan elektronik di Malaysia.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Buffalo viewed 'Majority of Malaysians Rally around Golden Gymnast' 37 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua lelaki ditahan, lebih 42 kg bunga kanabis dira' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macamana Gaji CEO Perkeso, HRD Corp dan Talent Cor' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 3 hrs 4 mins ago
A visitor from Indiana viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from Florida viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 3 hrs 19 mins ago
A visitor from Cakung barat viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 3 hrs 21 mins ago