Translate

12 March 2025

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang



Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang

Bernama

12/03/2025


Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh ICC atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung dengan perang dadahnya yang kontroversial. - Gambar fail/REUTERS


MANILA: Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung dengan perang dadahnya yang kontroversial, kata Malacanang pada Rabu.

"Namun, ini bergantung kepada pembelaan yang boleh diambil oleh bekas presiden," kata Setiausaha Rendah Pejabat Komunikasi Presiden dan Pegawai Akhbar Istana Claire Castro dalam satu taklimat media, menurut Agensi Berita Filipina (PNA).

Menurut laman sesawang ICC, mahkamah tidak mengenakan hukuman mati.

Namun, hakim-hakimnya boleh menjatuhkan hukuman penjara hingga 30 tahun atau penjara seumur hidup dalam kes-kes luar biasa. Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.

Penahanan Duterte oleh Organisasi Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) dan pihak berkuasa tempatan susulan siasatan ICC yang sedang berlangsung berhubung dakwaan bahawa kempen anti-dadahnya menyebabkan ribuan pembunuhan di luar bidang kehakiman semasa beliau menjadi Datuk Bandar Davao City dan kemudian sebagai presiden.

Bekas presiden itu telah diterbangkan keluar negara pada Selasa malam.

Castro, seorang peguam berkata Duterte perlu menghadiri perbicaraan di mahkamah tempatan di Belanda terlebih dahulu untuk menentukan kesahihan penangkapannya sebelum dibawa ke ICC untuk berhadapan dengan tuduhan.

Presiden Filipina, Ferdinand R. Marcos Jr, berkata dalam satu sidang akhbar sejurus selepas pemergian Duterte ke The Hague, bahawa penangkapan itu dilakukan atas permintaan Interpol, bukan ICC.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Buffalo viewed 'Majority of Malaysians Rally around Golden Gymnast' 47 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua lelaki ditahan, lebih 42 kg bunga kanabis dira' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macamana Gaji CEO Perkeso, HRD Corp dan Talent Cor' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 3 hrs 13 mins ago
A visitor from Indiana viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 3 hrs 28 mins ago
A visitor from Florida viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 3 hrs 28 mins ago
A visitor from Cakung barat viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 3 hrs 31 mins ago