Translate

12 March 2025

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan



Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan

Bernama

12/03/2025


SPRM menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu. - Foto ihsan SPRM


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.

Menurut sumber, perintah reman selama empat dan lima hari hingga 15 dan 16 Mac itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin terhadap dua lelaki berusia lingkungan 20-an dan 40-an selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Sepuluh individu lagi yang terdiri daripada empat lelaki dan enam wanita lingkungan umur 20-an dan 50an, direman lima hari hingga 16 Mac, selepas Majistret Ameera Mastura Khamis membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Terdahulu, SPRM menahan 16 individu berusia 20-an hingga 70-an antara 11 pagi hingga 8 malam menerusi Op Outlander dan Op Birth yang dijalankan di sekitar Lembah Klang dan Johor, semalam.

"Suspek ditahan terdiri daripada masing-masing seorang penjawat awam, pengamal perubatan bergelar Datuk Seri dan pengamal undang-undang serta beberapa ejen dan pemohon daftar kelahiran.

"Kesemua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada 2013 hingga 2018 dan 2023 hingga 2025 dengan menerima serta memberi rasuah termasuklah menyediakan selain mengemukakan dokumen pengesahan kelahiran palsu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) dan 17(b) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata empat suspek lagi terdiri daripada seorang pengamal perubatan bergelar Datuk Seri yang turut ditahan dalam dua operasi berkenaan telah dilepaskan dengan jaminan SPRM atas faktor kesihatan dan selepas keterangan mereka selesai dirakam.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 53 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua lelaki ditahan, lebih 42 kg bunga kanabis dira' 54 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macamana Gaji CEO Perkeso, HRD Corp dan Talent Cor' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Indiana viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Florida viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Cakung barat viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 2 hrs 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah ber' 2 hrs 33 mins ago