Translate

13 March 2025

Pemimpin masyarakat perlu bantu perjelas dasar, kejayaan kerajaan - PM Anwar



Pemimpin masyarakat perlu bantu perjelas dasar, kejayaan kerajaan - PM Anwar

Bernama

13/03/2025


Anwar menyampaikan ucapan pada Majlis Berbuka Puasa bersama Pimpinan Masyarakat Tempatan Negeri Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 hari ini. - Gambar Bernama


SHAH ALAM: Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga meminta mereka untuk tidak melayan persepsi buruk yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu termasuk pembangkang terhadap kerajaan.

Beliau berkata banyak masa akan ditumpukan bagi menjawab setiap tohmahan namun ia tidak menyelesaikan apa-apa berbanding memperjelaskan banyak kejayaan kerajaan seperti inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kenaikan gaji penjawat awam yang kini dinikmati oleh sebahagian besar masyarakat.

"Kalau ada yang kata dia tahu kita tidak buat apa, itu tidak betul. Saya boleh katakan hampir semua dapat STR dan untuk tahun 2025, kita peruntuk RM13 bilion.

"Begitu juga soal pelaburan dan ekonomi yang semakin baik... juga soal gaji penjawat awam yang kita tambah baik selepas lebih 12 tahun tiada perubahan ketara," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama pimpinan masyarakat Selangor di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan barisan exco kerajaan negeri.

Anwar berkata kerajaan sedia mendengar dan memperbaiki kelemahan sekiranya ada cadangan untuk penambahbaikan.

Perdana Menteri juga berkata sempena Ramadan, pimpinan kerajaan dan masyarakat disaran menggunakan peruntukan sendiri serta tidak terlalu bergantung kepada kerajaan dalam menyalurkan bantuan.

Beliau berkata tindakan sebegitu tidak memaknai erti sebenar Ramadan dan setiap umat Islam khususnya pemimpin seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan menggunakan imbuhan yang diterima daripada pekerjaan dilakukan.

"Saranan ini peringatan kepada saya juga, jangan pakai peruntukan Jabatan Perdana Menteri dalam memberi sumbangan tetapi guna peruntukan sendiri, itu baru memaknai erti Ramadan sebenarnya," kata beliau.

Anwar turut menyentuh mengenai kepentingan Ramadan sebagai madrasah untuk melatih dan memantapkan tahap integriti.

"Masih ada kebocoran, rasuah, penyelewengan, masih ada simpanan wang yang banyak di rumah. Mana Ramadan kita, mana kesan ibadah itu dalam kehidupan dan amalan kita.

"Sebab itu, Ramadan mengajar kita tentang soal integriti, akhlak, moral dan nilai harus diterapkan dalam kehidupan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 53 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua lelaki ditahan, lebih 42 kg bunga kanabis dira' 54 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macamana Gaji CEO Perkeso, HRD Corp dan Talent Cor' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Indiana viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Florida viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Cakung barat viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 2 hrs 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah ber' 2 hrs 33 mins ago