Translate

07 March 2025

KKM laksana pelbagai usaha capai matlamat masyarakat bebas rokok



KKM laksana pelbagai usaha capai matlamat masyarakat bebas rokok

Bernama

06/03/2025


KKM memaklumkan, pihaknya turut bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam memberikan latihan kepada guru kaunseling dan guru PPDa untuk mengendalikan pelajar terlibat dengan tabiat merokok. - Gambar hiasan/Bernama


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) meneruskan usaha mencapai matlamat masyarakat bebas rokok melalui pelbagai pendekatan dan program meskipun Dasar Generasi Penamat Rokok (GEG) telah digugurkan daripada Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa 1 Okt tahun lepas.

KKM memaklumkan antara usaha tersebut iaitu melaksanakan Pelan Advokasi Lima Tahun meliputi pencegahan, promosi, saringan dan intervensi bagi seluruh rakyat Malaysia bermula daripada prasekolah, sekolah, universiti serta komuniti untuk memastikan golongan berusia bawah 18 tahun kekal tidak merokok.

"Inisiatif ini dilakukan melalui kerjasama dengan pelbagai kementerian, agensi kerajaan dan swasta, badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO). Pelan pelaksanaan ini juga dilanjutkan bagi menyasarkan golongan remaja yang tidak melanjutkan pelajaran.

"Selain itu, beberapa aktiviti advokasi turut dijalankan termasuk pencegahan dan intervensi kepada golongan Orang Belum Dewasa (OBD) seperti Program Kesihatan Oral Tanpa Amalan Merokok (KOTAK) kepada murid sekolah rendah dan menengah," menurut kementerian berkenaan menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Dewan Negara hari ini.

Ia sebagai penjelasan kepada soalan dibangkitkan Senator Musoddak Ahmad mengenai pendirian kerajaan untuk menilai kembali Dasar GEG demi mengurangkan risiko penyakit akibat daripada kemudaratan tabiat merokok.

KKM turut memaklumkan, pihaknya turut bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam memberikan latihan kepada guru kaunseling dan guru Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) untuk mengendalikan pelajar terlibat dengan tabiat merokok.

Penguatkuasaan di bawah Seksyen 13 Akta 852 melarang penjualan produk merokok kepada OBD, manakala Seksyen 17 Akta 852 pula melarang individu yang masih belum dewasa daripada merokok produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mamp' 4 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Operasi Bursa Malaysia ditutup pada 18 Mac sempena' 4 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Operasi Bursa Malaysia ditutup pada 18 Mac sempena' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ini fitnah dan berniat jahat - Saifuddin | BEST FB' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'POLICE TO SUE DUTERTE'S PARTNER HONEYLET AVANCEÑA ' 14 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Bufet buka puasa "Nostalgia Ramadan" PARKROYAL COL' 15 mins ago
A visitor from New york viewed 'KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig ' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Preside' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sultan Pahang cadang Desa Kayangan di Brinchang ja' 27 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Bufet buka puasa "Nostalgia Ramadan" PARKROYAL COL' 40 mins ago