Translate

12 March 2025

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta



31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta

Bernama

12/03/2025


Pada 9 Mei 2024, 1MDB dan 10 syarikat memfailkan saman terhadap Rosmah menuntut perintah mahkamah untuk Rosmah membayar AS$346,010,489 atau jumlah yang ditaksir oleh mahkamah. - Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 10 lagi syarikat terhadap Datin Seri Rosmah Mansor bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya yang bernilai lebih AS$346 juta (RM1.6 bilion).

Mahkamah Tinggi menetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi oleh 1MDB dan 10 syarikat terhadap Datin Seri Rosmah Mansor untuk menghalang beliau daripada melupuskan aset bernilai lebih AS$346 juta.

Saman tersebut berkaitan pembelian barangan mewah yang didakwa diperoleh menerusi penyelewengan dana 1MDB.

Injunksi Mareva adalah perintah sementara yang menghalang defendan daripada melupuskan aset sehingga keputusan dicapai dalam kes antara plaintif dan defendan.

Ini berkaitan saman yang difailkan syarikat terbabit terhadap isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu dan seorang lagi individu berhubung pembelian barangan mewah berjumlah lebih AS$346 juta, didakwa diperoleh menerusi penyelewengan dana 1MDB.

Peguam Villasha Anbalagan, yang mewakili semua plaintif iaitu 1MDB dan 10 syarikat terbabit, berkata Hakim Wan Muhammad Amin Wan Yahya menetapkan tarikh itu pada prosiding pengurusan kes menerusi aplikasi Zoom hari ini.

"Permohonan ini akan didengar pada 10.30 pagi 31 Julai 2025 melalui aplikasi Zoom di hadapan Hakim Wan Muhammad Amin," katanya semasa dihubungi.

Sementara itu, peguam Datuk Seri Rajan Navaratnam yang mewakili Rosmah memaklumkan pada tarikh sama, mahkamah juga akan mendengar permohonan anak guamnya untuk mendapatkan butiran lanjut berhubung dakwaan plaintif dalam pernyataan tuntutan mereka.

Permohonan injunksi Mareva difailkan oleh 1MDB dan lima anak syarikatnya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited, Global Diversified Investment Company Limited dan SRC International Sdn Bhd selaku plaintif pertama hingga keenam.

Lima lagi syarikat ialah Affinity Equity International Partners Limited, Alsen Chance Holdings Limited, Blackrock Commodities (Global) Limited, Blackstone Asia Real Estate Partners Limited dan Brightstone Jewellery Limited selaku plaintif ketujuh hingga ke-11.

Dalam permohonan itu, semua plaintif menuntut antara lain, injunksi untuk menghalang Rosmah daripada melupuskan aset berjumlah AS$346 juta sama ada dalam bentuk kredit, saham syarikat, hartanah atau lain-lain.

Injunksi Mareva ialah perintah sementara yang menghalang defendan daripada melupuskan aset sehingga keputusan dicapai dalam kes antara plaintif dan defendan.

Pada 9 Mei 2024, 1MDB dan 10 syarikat memfailkan saman itu dengan menamakan Rosmah dan seorang wanita bernama Shabnam Naraindas Daswani (juga dikenali sebagai Natasha Mirpuri) sebagai defendan pertama dan kedua.

Mereka menuntut perintah mahkamah untuk Rosmah membayar AS$346,010,489 atau jumlah yang ditaksir oleh mahkamah.

Plaintif juga memohon deklarasi bahawa plaintif pertama hingga keenam mempunyai hak terhadap barangan mewah yang kini didakwa berada dalam simpanan isteri bekas Perdana Menteri itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Buffalo viewed 'Majority of Malaysians Rally around Golden Gymnast' 7 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua lelaki ditahan, lebih 42 kg bunga kanabis dira' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macamana Gaji CEO Perkeso, HRD Corp dan Talent Cor' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 2 hrs 33 mins ago
A visitor from Indiana viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 2 hrs 48 mins ago
A visitor from Florida viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 2 hrs 48 mins ago
A visitor from Cakung barat viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 2 hrs 51 mins ago